Pemain tengah Thailand, Chanathip Songkrasin, berkata beliau yakin pasukannya akan memperoleh tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan Piala Asia 2019 menentang India.
Pasukan dengan jolokan Gajah Perang itu akan memulakan kempen peringkat kumpulan menentang Harimau Biru pada 6 Januari 2019. Walaupun Chanathip tidak mempunyai banyak maklumat mengenai pasukan India, dia masih yakin dapat memenangi perlawanan itu. ”Saya tidak mempunyai banyak maklumat mengenai pasukan India, tetapi kami boleh menilai kekuatan dan kelemahan mereka melalui video permainan India yang akan kami lihat nanti," kata Chanatip.
Kebiasaannya perlawanan pertama pasti agak sukar untuk dihadapi, ianya juga boleh berlaku keatas pasukan-pasukan lain. Tambah beliau, "Sudah tentunya kami perlu cepat menyesuaikan diri dengan keadaan seperti ini.
"Pasukan kami telah mengadakan persiapan yang sangat rapi dan kami yakin akan memperoleh mata penuh dalam perlawanan menentang India.
"Sekiranya kami menang di perlawanan pertama itu nanti sudah tentu ia akan menjadi sumber tonik kami untuk melangkah ke peringkat seterusnya."
Selain daripada India, Thailand diletakkan di dalam kumpulan A bersama pasukan Bahrain dan tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Pemain berusia 25 tahun itu menambah UAE mungkin menjadi lawan yang sukar di peringkat kumpulan kerana rata-rata pemain mereka mempunyai saiz yang agak besar dan mempunyai skill individu yang tinggi. Di samping itu, mereka juga perlu berhadapan dengan sorakan padu penonton tuan rumah dan pastinya itu kelebihan besar buat UAE.
Sebelum bertemu UAE dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 14 Januari, Thailand dijadualkan akan bertemu Bahrain pada 10 Januari.
Sebelum ini Chanathip yang bermain di liga utama Jepun bersama pasukan Consadole Sapporo tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan Thailand dalam kejohanan Piala AFF Suzuki, namun begitu kudratnya amat ditagih pada kejohanan ini dan Thailand turut menyenaraikan kembali penyerang sensasi mereka Teerasil Dangda.