Skuad kebangsaan England yang akan mengharungi kelayakan Euro 2020 menerima tamparan hebat apabila pengendali pasukan, Gareth Southgate, mengambil keputusan drastik menggugurkan pemain tonggak, Raheem Sterling.
Ini berikutan insiden perselisihan faham di antara Raheem Sterling dengan pertahanan Liverpool, Joe Gomez. Laporan media antarabangsa mengatakan, Raheem Sterling terbawa-bawa emosi kekalahan 1-3 Manchester City kepada Liverpool hujung minggu lalu dan demi kebaikan pasukan, Southgate terpaksa menggugurkan Sterling dalam pertemuan menentang Kosovo.
Tidak dinafikan khidmat Sterling sebenarnya amat diperlukan untuk England mengesahkan tempat ke Euro 2020, tetapi tindakan pengguguran itu mendapat pujian banyak pihak kerana keharmonian pasukan harus diberikan keutamaan dan masalah kecil seperti ini tidak harus berlaku dalam pasukan besar seperti England.
Namun, seperti biasa, pasti ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Southgate. Antaranya adalah bekas pertahanan England, Rio Ferdinand, yang berkata perkara seperti itu biasa berlaku di dalam pasukan tetapi ianya tidak seharusnya disebarkan kepada umum demi kebaikan pasukan.
England kini memimpin Kumpulan A dengan 15 mata dan hanya memerlukan satu lagi mata untuk mengesahkan tempat ke Euro 2020.
Dengan kebanjiran tenaga muda yang menyerlah di setiap posisi, Southgate tentunya pening untuk memilih senarai kesebelasan utama.
Sebagai contoh, lihat sahaja di bahagian serangan The Three Lions yang memiliki Harry Kane, Marcus Rashford, Callum Wilson dan juga Tammy Abraham yang kesemuanya meledakkan gol bersama pasukan kelab masing-masing.
Tidak keterlaluan andai dikatakan, England akan menjadi pasukan utama yang harus diberikan tumpuan untuk mencabar kejuaraan Euro 2020 selepas Portugal muncul juara pada edisi lalu.