Kalau ada pengurus yang gemar mencari pasal, Antonio Conte antaranya.
Susuk itulah yang telah mengangkat martabat Juventus ke tempat sepatutnya dalam kancah Serie A walaupun hanya mula diperkenalkan sebagai pengurus pada 2011.
Asas yang dibinanya itu berlarutan sehingga ke musim lalu tatkala The Old Lady kini dikemudi oleh dua pengurus berbeza sejak dia mahu mencari angin baru pada 2014.
"Saya gemar cari masalah dan berdepan cabarannya," katanya kepada Football Italia, kira-kira lima bulan selepas mengemudi Inter Milan.
Kini, skuad Nerazzuri itu bukan sahaja kembali disegani, malah muncul sebagai juara musim sejuk bagi menambah rencah di Itali dalam usaha menamatkan dominasi lapan tahun Juventus.
Malah, bukan rahsia lagi formasi dalam resipi kejayaannya sehingga kini, iaitu kecenderungannya meletakkan tiga pertahanan.
Meskipun terkandas di peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini, namun persembahan ketika berdepan Barcelona memukau ramai tentang bagaimana mereka keluar daripada asakan.
Dia belum mahu mendabik dada tetapi dalam masa yang sama, meluahkan kekaguman terhadap anak buahnya yang berusaha keras untuk memperbaiki permainan yang cuba diterapkannnya.
Tonggak pertahanan tengah veteran seperti Diego Godin yang sinonim dengan kekentalannya di Atletico Madrid juga perlu memperbaiki prestasi di bahagian kanan pertahanan sambil ditemani Stefan de Vrij dan Milan Skriniar.
Malah, Conte turut menawarkan nasihat kepada anak buahnya untuk bagaimana mengadakan seks untuk mengimbangi jadual perlawanan mereka.
Begitupun, bukan semua falsafah 3-5-2 dan kadang-kadang diubah kepada 3-4-3 yang diketengahkannya boleh menuai kejayaan.
Dia pernah berdepan detik perit ketika kehilangan sokongan daripada ahli pengarah Chelsea yang kurang menawarkan pemain yang dihajatinya bagi menyempurnakan formasi idamannya.
Tetapi ketibaannya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2015 telah membuka mata ramai pengendali di United Kingdom terhadap nafas baru yang ditiupkannya dalam formasi itu sehingga menjadi ikutan beberapa rakan sejawatannya, termasuk Pep Guardiola di Manchester City, di samping Tottenham mahupun Arsenal.
Tetapi, kekuatan formasi itu haruslah juga didasari oleh pemain. Tanpa keupayaan pemain tertentu, misalnya terpaksa menurunkan John Terry mahupun Gary Cahill, pengurus berbangsa Itali itu lebih cenderung kepada 4-4-2.
Jadi, kesesuaian pemain dalam taktikal adalah satu elemen simbiosis kepada kemenangan dengan permainan yang cantik.
"Ini bukan bola sepak yang kami berlatih.
"Sayalah yang harus dipersalahkan kerana tidak membuat pilihan tepat sebelum perlawanan dan tidak begitu memahami jenis perlawanan yang bakal dihadapi," katanya kepada sempreinter.com selepas diikat 1-1 oleh Slavia Prague, September lalu.