Skip to main content

Advertisement

Rencana

Final Piala TNB: Ada penonton tak?

unikl-2019.jpg
Final Piala TNB antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Terengganu Hockey Team (THT) menandakan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2019 sudah sampai ke kemuncak.

Dalam bola sepak, ia umpama Piala Malaysia atau Piala Agung dalam ragbi. Piala berprestij, penuh sejarah, rebutan semua pasukan bertanding.

Tetapi, adakah Stadium Tun Razak akan dibanjiri penonton pada final, Sabtu (2 Mac 2019) ini? Penonton Unikl dan THT yang berharap menyaksikan kualiti permainan terbaik di Malaysia.
Berdasarkan pemerhatian musim ini, jumlah penonton LHM mengecewakan - sama ada saingan lelaki atau wanita.

Final Piala Vivian May Soar, bulan lalu membuktikan tarikan penonton ke Stadium Tun Razak cukup lemah, tidak sampai 100 orang. Situasi itu mungkin ada hikmah apabila final terpaksa dibatalkan ekoran hujan lebat sekaligus Terengganu Ladies Hockey Team dan pasukan jemputan dari China, Liaoning Infinite Space dinobatkan juara bersama.

Persoalannya, adakah final Piala TNB juga akan menerima nasib sama?

Adakah Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) melakukan cukup promosi untuk menarik penonton ke stadium? Ingat, masuk adalah percuma!

Unikl dan THT sudah bersiap-sedia dengan beberapa buah bas untuk mengangkut penonton mereka namun, jumlahnya terhad. Bagaimana untuk menarik penonton tanpa perlu beri subsidi? Atas kerelaan mereka sendiri.

Saya fikir, sepatutnya jumlah penonton final Piala TNB lebih baik berbanding Piala Vivian May Soar. Ramai atau suam-suam kuku?  

Advertisement

Must Watch Video