SYABAS dan tahniah kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menyelesaikan isu pampasan Frank Bernhardt yang dipecat selaku ketua jurulatih Skuad Projek Sukan SEA.
Biarpun ia memakan masa dua bulan dan diselesaikan selepas penulis memaparkan isu itu, setidak-tidaknya FAM bertindak dengan positif.
Namun, jangan lupa, bukan Bernhardt sahaja yang dipecat.
Turut ditunjuk pintu keluar dari FAM ialah tiga penolong Bernhardt -- Aminuddin Hussin, jurulatih penjaga gol, Megat Amir Faisal Ibrahim Khalidy dan jurulatih kecergasan, Mashiedee Sulaiman.
Mereka diberi surat pemberhentian kerja pada 3 April lalu sambil diberi notis dan bayaran gaji tiga bulan, sedangkan kesemuanya mengikat kontrak sehingga Oktober 2017. Mereka juga diberi pelepasan kerja wajib pada 6 April.
Difahamkan, mereka mengemukakan rayuan kepada FAM untuk menimbang membayar baki kontrak sebagai pampasan penuh berikutan pemecatan mereka.
Ketika dihubungi, Aminuddin mengesahkan sudah mengemukakan rayuannya kepada FAM tetapi enggan mengulas lanjut.
Atas alasan penstrukturan semula FAM, turut dipecat ialah bekas jurulatih Harimau Muda C, Hassan Sazali Waras, dan pakar kecergasan, Reuben Jude Balraj, yang ada kontrak sehingga Disember 2017.
Sehingga hari ini, Aminuddin, Hassan dan Reuben masih menganggur.
Pemecatan dalam kalangan jurulatih di FAM bukan baharu.
Dalam bahasa undang-undang, sudah ada duluan (precedent) atau kes terdahulu untuk dijadikan rujukan.
Pada Julai 2009, Mohd Azraai Khor Abdullah diminta melepaskan jawatan gara-gara isu dalaman ketika mengendalikan skuad Harimau Muda ke Slovakia. Penolongnya, Azman Eusoff dan P. Mohana Sundram, turut menerima nasib yang sama.
Selepas satu proses rundingan, Azraai dan Azman diberi pampasan sehingga tamat tempoh kontrak.
Terdahulu, B. Sathianathan yang menuturkan “M-League is not football” pada Januari 2009 dan akhirnya dipecat sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan sebulan kemudian, mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan haknya.
Sekalipun kontraknya tamat pada November 2009, Sathianathan hanya ditawarkan gaji sebulan sebagai pampasan, lalu dia membawa kesnya kepada Mahkamah Perusahaan dengan mendakwa FAM melanggar Akta Perhubungan Industri. Akhirnya Sathianathan diberi pampasan penuh.
Jika Bernhardt diberi pampasan menyamai enam bulan gaji, termasuk kos tiket penerbangan dan kos sewa penginapan ditanggung FAM, penolongnya dan jurulatih tempatan lain juga berhak diberi layanan sama.
Sathianathan yang kini menjadi Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), menasihati jurulatih terbabit agar mengemukakan rayuan dan berunding dengan baik.
“Pihak persatuan akan sentiasa menghulurkan bantuan dalam kes-kes sebegini,” katanya.
FAM harus berhati-hati dalam menangani isu penamatan kontrak. Tidak wajar jika badan induk itu sekadar membayar gaji tiga bulan kepada jurulatih yang ditamatkan kontrak jauh lebih awal.
Ia menimbulkan kemungkinan ahli gabungan FAM turut bertindak sedemikian apabila mereka memutuskan untuk memecat jurulatih tempatan tanpa menghormati syarat-syarat kontrak yang dipersetujui bersama.
Kembalilah ke meja rundingan dan berlaku adil. Apatah lagi, dalam kes Bernhardt dan rakan-rakannya, mereka dipecat sedangkan pasukan yang dikendalikan belumpun menyepak bola dalam pertandingan yang sepatutnya dijadikan kayu pengukur, iaitu lima bulan sebelum Sukan SEA Ke-29 di Kuala Lumpur. Mereka dipecat lima bulan sebelum indeks petunjuk prestasi (KPI) yang sebenar dapat dihuraikan.
Janganlah sampai jurulatih tempatan, yang kerap direhatkan pertengahan musim, menjadi mangsa tanpa sebarang pembelaan dalam era profesional ini dan di saat nilai ringgit semakin susut.
Prinsip menghormati kontrak ini digambarkan menerusi kaedah pampasan berjumlah 2.9 juta Euro yang Borussia Dortmund lunaskan kepada Thomas Tuchel selepas jurulatih itu dipecat baru-baru ini.
Sekalipun dihimpit masalah kewangan, FAM tidak ada alasan untuk membayar pampasan yang dikira wajar kepada mereka yang dipecat, khususnya pakar-pakar teknikal.
Menghormati syarat-syarat kontrak adalah prinsip asas yang harus difahami sebelum FAM mengorak 1,000 langkah ke hadapan!