Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2016 berlangsung dari 23 hingga 30 April di Kompleks Skuasy Nasional Bukit Jalil. Para pemain wanita terbaik di dunia memburu gelaran tertinggi sukan skuasy termasuk Dato Nicol David yang bertekad merangkul kejuaraan ke-9nya.
Saya menemubual 3 pemain elit dunia, Samantha Teran (Mexico) Pemain no. 34 dunia, Line Hansen (Denmark) Pemain no. 25 dunia dan Delia Arnold (Malaysia) Pemain no. 15 dunia untuk segmen istimewa Nadi@1. (Program ini setiap Sabtu 1.00pm-1.30pm).
Advertisement
Ini adalah fakta-fakta menarik dan mencuitkan hati tentang mereka.
Soalan:
- Kenapa pilih skuasy?
Sam: Ikut ayah dan jatuh cinta sekelip mata.
Line: Kawan ajak bermain dan terus terlekat pada sukan ini.
Delia: Berkebolehan dalam skuasy berbanding sukan lain.
- Karier selain skuasy?
Sam: Atlit olahraga.
Line: Penyanyi rock.
Delia: Pemain tenis professional.
- Aktiviti melapangkan masa?
Sam: Lepak di café bersama kawan dan membaca.
Line: Makan. Mencari restoran dan café baru.
Delia: Melancong dan ke pantai.
- Benda paling penting dalam beg?
Sam: Limau.
Line: Kasut skuasy.
Delia: Saya tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit.
- Kebolehan lain?
Sam: Saya bagus dalam perniagaan.
Line: Makan. Kamu rasa itu satu kebolehan (Gelak ketawa..)
Delia: Masih mencari.
- Siapa kawan baik anda di sirkit?
Sam: Nicol David.
Line: Nicolette Fernandes (Guyana) dan Aisling Blake (Ireland).
Delia: Low Wee Wern.
- Cintai Malaysia dan kenapa?
Sam: Saya rasa cuaca dan makanan di sini sama seperti Mexico.
Line: Makanan enak dan orang Malaysia sungguh mesra.
Delia: Sebab saya orang Malaysia.
- Saya ingin menjadi Juara Dunia kerana..
Sam: Impian sejak kecil dan mendedikasi hidup saya untuk gelaran ini.
Line: Skuasy bukan sukan Olimpik. Oleh itu, Juara Dunia ialah kegelaran tertinggi.
Delia: Semua pemain ingin menjadi juara dunia. Itulah target kami.
- Jika saya menjadi Juara Dunia..
Sam: Menangis!!!
Line: Berpesta besar-besaran.
Delia: Pengsan!! Sebab terkejut!
- Prediksi Juara Dunia 2016
Sam: Nicol David.
Line: Nour El Sherbini (Mesir). Tapi saya harap Nicol menang.
Delia: Peluang terbuka kali ini. Sherbini atau Raneem El Welily dari Mesir atau Nicol.
Kebolehan, kecekalan, komitmen dan displin para pemain wanita skuasy antarabangsa ini amat dihormati dan menjadi insipirasi kepada semua. Cabaran diharungi bersama di sirkit dunia. Di gelanggang lawan, di luar kawan.
Malaysia mengalu-alukan kehadiran mereka dan amat berbangga menjadi tuan rumah Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2016. Ucapan selamat maju jaya!