Skip to main content

Rencana

F:30 Agenda Negara

45047209_1887048858058536_2364413323610423296_n.jpg
Setiap impian itu memerlukan perancangan untuk memastikan kejayaan itu tercapai. Apabila sudah mempunyai perancangan tindakan perlu dilakukan untuk memastikan objektif dan perjalanan hala tuju itu tidak lari dari landasan dan tercapai apa yang diinginkan.

Inilah yang akan dilakukan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Dato’ Hj. Hamidin Mohd Amin dan seluruh kakitangan FAM setelah melancarkan peta hala tuju bola sepak negara semalam.

Satu usaha yang baik dilakukan dalam memastikan kemajuan bola sepak dapat ditingkatkan pada satu tahap yang lebih tinggi pada masa mendatang. Namun ia bukan satu tugas yang mudah bagi melaksanakan apa yang dirancang sekirannya tiada sokongan dan kerjasama yang utuh dari semua pihak terutama pemeggang-pemeggang taruh.

Kerjasama berpasukan dan perubahan mentaliti dikalangan pemeggang taruh amat penting dan sekiranya masih lagi ada agenda politik dan peribadi ia agak sukar untuk dilaksanakan. Yang lebih penting ketika ini FAM perlu bergerak secara menyeluruh memberi penerangan, apakah objektif sebenar supaya semua pemeggang taruh benar-benar memahami peta hala tuju itu dari peringkat awal lagi.

Kempen kesedaran dan promosi aktivi-aktivi yang dilakukan perlu dihebahkan di media masa dan media sosial supaya ia dapat diikuti dengan jelas oleh pencinta bola sepak negara selain ia dapat memberi ransangan kepada ahli-ahli gabungan terutamanya. Keyakinan dan pemikiran positif perlu ada pada semua pihak sekiranya benar-benar ingin melihat apa yang dirancangkan itu akan terlaksana kerana F:30 ini adalah agenda negara.

Advertisement

Must Watch Video