Satu laporan Sporting Intelligence mendedahkan pemain bola keranjang NBA dan pemain bola sepak elit Eropah meraih terbanyak wang dalam dunia sukan.
Dan Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah liga yang paling lumayan buat pemain.
Pemain-pemain pasukan pertama di England meraih purata AS$3,935,197 (RM1,6442,827) setahun – sepertiga lebih tinggi daripada dalam La Liga di Sepanyol dan hampir sekali ganda daripada Serie A di Itali.
Menurut laman sesawang quartz.com, keadaan itu berlaku di sebalik Liga Sepanyol memiliki skuad bergaji termahal dalam kesemua sukan dan bukan hanya bola sepak.
Laporan Sporting Intelligence itu memetik sebuah firma perunding bola sepak sebagai merumuskan kelab-kelab asing mengambil kesempatan terhadap England yang memiliki pakej hak siaran televisyen paling lumayan hingga pemilik jutawan mereka akan membayar berkali ganda buat pemain berbanding nilai mereka di negara lain.
“Sebuah pasukan negara Scandinavia yang kami temui tahun lalu cuba menjual salah seorang bakat muda terbaiknya untuk meraih sedikit pendapatan,” kata ketua perisikan bola sepak firma 21st Club, Omar Chaudhuri.
“Penilaian kami terhadap pemain itu berdasarkan pemain seumpamanya dalam pasaran, menganggarkannya pada harga €6-8 juta (RM28.5-38 juta). Tapi pengarah sukan kelab pemain itu bertegas mereka boleh mendapat sekali ganda lebih tinggi jika pemain itu dijual kepada kelab Inggeris,” ujarnya.
Chaudhuri berkata dalam Serie A, ia memerlukan purata £4.5 juta (RM24.2 juta) untuk membeli seorang pemain manakala dalam LaLiga pula £4.7 juta (RM25.3) tapi dalam EPL, kosnya ialah £10.7 juta (RM57.5 juta).
“Jelas sekali kelab-kelab EPL membayar 2.3 kali lebih tinggi untuk mendapatkan pemain berbanding dalam LaLiga di sebalik kualiti pemain adalah sama baik kalau pun tidak lebih bagus,” tambahnya.
Tidak hanya berkisar kepada yuran perpindahan, malah pemain-pemain dalam EPL juga menikmati gaji lebih tinggi daripada liga lain.
Sebagai perbandingan, Chaudhuri membezakan di antara kelab Inggeris, West Ham United, dan kelab Sepanyol, Girona.
“Kedua-dua kelab berada di taraf yang sama. Jika kedua-duanya dipertemukan di gelanggang berkecuali, ia mungkin menjadi satu perlawanan sengit sedangkan purata gaji pemain pasukan pertama West Ham mencecah £3.2 juta (RM17.22 juta) berbanding Girona hanya £700,000 (RM3.7 juta),” ujarnya.
Secara analisis mudahnya, pasukan-pasukan Liga Inggeris sebenarnya membayar empat kali ganda lebih tinggi buat pemain dengan tahap prestasi yang hampir sama.
Antara kegagalan pembelian dalam EPL ialah Diego Forlan yang menyaksikan Manchester United membayar £6.9 juta (RM37.1 juta) kepada Independiente, Alberto Aquilani daripada Roma ke Liverpool dengan yuran £17 juta (RM91.5 juta) dan Adrian Mutu daripada Parma ke Chelsea dengan harga £15.8 juta (RM85 juta).
10 KEGAGALAN TERBESAR PEMBELIAN PEMAIN DALAM EPL
1. Andriy Shevchenko (AC Milan ke Chelsea) £30 juta
2. Juan Sebastian Veron (Lazio ke Manchester United) £28.1 juta
3. Ali Dia (Dijon ke Southampton) Percuma
4. Massimo Taibi (Venezia ke Manchester United) £4.5 juta
5. Marco Boogers (Sparta Rotterdam ke West Ham United) £1 juta
6. Steve Marlet (Lyon ke Fulham) £11.5 juta
7. Serhiy Rebrov (Dinamyo Kyiv ke Tottenham) £11 juta
8. Francis Jeffers (Everton ke Arsenal) £8 juta
9. Winston Bogarde (Barcelona ke Chelsea) Percuma
10. Tomas Brolin (Parma ke Leeds United) £4.5 juta