Thomas Tuchel, seperti yang diumumkan Selasa lalu, sudah berkerat rotan berpatah arang dengan Borussia Dortmund.
Pendiriannya itu tidak pun menghairankan jika diperhalusi jurulatih berusia 43 tahun itu mempunyai pegangannya sendiri, tidak mengendahkan pandangan orang lain dan tidak akan berganjak dengan sesuatu yang dianggap terbaik untuk dirinya dan pasukan.
Tuchel, ringkasnya, adalah dirinya sendiri dan tidak cuba untuk meniru-niru orang lain.
Sepanjang dua tahunnya di Dortmund, purata 2.1 mata setiap perlawanan dan sebuah trofi sumbangannya, harus dianggap satu kejayaan di atas kertas.
Lebih-lebih lagi, Die Schwarzgelben kendaliannya semakin galak selaku antara dua pasukan terutama dalam Bundesliga di samping kejayaan menjulang trofi DFB Pokal musim ini menamatkan kemarau gelaran yang berlarutan lima tahun lamanya.
Namun, ada satu perkara lain, di samping statistik, yang penyokong Dortmund harus berterima kasih kepadanya. Satu perkara ini juga, dalam banyak cara, menceritakan legasi Tuchel di Dortmund.
Ia adalah “kepercayaan”.
Ini bukan pun berkaitan dengan kepercayaan spiritual Tuchel , sebaliknya kepercayaannya terhadap orang lain.

Kepercayaan yang dimiliki Tuchel ini sebahagian besarnya adalah keyakinan yang diterapkannya ke atas pemain-pemain mudanya, khususnya Ousmane Dembele dan Christian Pulisic yang cemerlang sepanjang tempohnya selaku pengurus.
“Tuchel sentiasa percayakan saya dan dia memberikan saya peluang,” kata Pulisic. “Sudah tentu dia banyak memberi saya panduan dan maklum balas dengan apa yang dilihatnya setiap hari dalam latihan dan butur-butir kecil yang lain.”
Sebelum permulaan musim lalu, tidak ramai yang mengenali pemain berusia 17 tahun itu. Namun, Tuchel tidak pun kisahkan itu. Sebaliknya, dia memberikan pemain Amerika Syarikat itu peluangnya dan menerapkannya dengan keyakinan.
Keyakinan itu, seperti yang kita ketahui, memberi pulangan besar buat Dortmund dan Pulisic.
Musim lalu,Pulisic tampil selaku pemain bukan Jerman yang termuda untuk menjaringkan gol dalam Bundesliga. Seterusnya, Pulisic menjadi penjaring gol termuda dalam Liga Juara-Juara dalam sejarah Dortmund.
Kita mungkin tidak akan menyaksikannya daripada bintang muda Amerika ini jika tidak kerana kepercayaan Tuchel ke atasnya hingga Pulisic diangkat selaku pemain muda terbaik Dortmund untuk musim lalu.
Ousmane Dembele, yang mengesahkan tempatnya di sayap kanan, tanpa ragu-ragu lagi adalah pemain muda terbaik Dortmund dalam Bundesliga musim ini dengan enam gol dan 12 bantuan jaringan.
Seperti Pulisic, Dembele juga tidak dikenali setelah berpindah dari kelab Perancis, Stade Rennais pada musim panas lalu tapi dia juga memuncak gara-gara diberikan peluang dan asuhan oleh Tuchel.
Adalah sesuatu yang malang bahawa pemain-pemain senior Dortmund tidak begitu bersetuju dengan cara kejurulatihannya tapi harus tiada keraguan dengan apa yang dilakukannya dengan bakat-bakat muda di bawah pemerhatiannya.
Jika ada satu perkara yang penyokong Dortmund harus berterima kasih kepadanya, ia adalah kepercayaan besarnya terhadap bakat-bakat masa depan kelab berkenaan di sebalik dia akan terus dikenang sebagai satu enigma.