Menang 2 -1 ke atas Tunisia.
Menang 6- 1 ke atas Panama.
Adakah England akan menang lagi berdepan Belgium?
Jika anda tanya soalan itu kepada penulis yang merupakan penyokong England, jawapan penulis adalah , Ya! England akan menang ke atas Belgium dan seterusnya akan muncul juara Piala Dunia Rusia 2018.
Namun itu hanyalah impian kosong penulis semata-mata. Hakikatnya, biarpun dilabel antara pasukan pilihan selepas menang dalam dua perlawanan, England sebenarnya belum berdepan lawan yang setara dengan mereka.
Menentang pasukan yang berada di kedudukan 21 ranking Fifa (Tunisia) dan kedudukan 55 ranking Fifa (Panama), anak-anak buah Gareth Souutgate hakikatnya akan berdepan ujian sebenar apabila bertemu pasukan di tangga ketiga ranking Fifa, Belgium.
Dalam perlawanan bertemu Panama, percaturan Gareth Southgate yang memberi kepercayaan kepada gandingan Kyle Walker, John Stones dan Harry Maguire di barisan pertahanan ternyata menjadi buat England. Gandingan pemain muda Jeese Lingard, Ruben Loftus Cheek dan Kieran Trippier sambil dibantu pemain senior Henderson dan Ashley Young juga menyaksikan penguasaan bola 57% berpihak kepada England.
Manakala di barisan serangan, gandingan Harry Kane dan Raheem Sterling juga dilihat serasi dan Harry Kane berjaya meledakkan hatrik biarpun tanpa kehadiran rakan baiknya di atas padang, Delle Alli.
Tampil berkeyakinan dalam setiap perlawanan, penulis percaya aksi di Stadium Kaliningrad berdepan Belgium nanti bukanlah satu aksi mudah buat England. Penulis percaya barisan pertahanan England harus bekerja keras mengekang asakan Romero Lukaku, Eden Hazard dan Kevin De Bruyne, manakala jentera serangan England harus menembusi benteng Belgium yang dikawal Thibaut Courtois, Toby Alderweireld, Jan Vertonghen dan Dedryck Boyata
Penulis menjangkakan perlawanan ini akan seimbang dan tidak akan ada banyak jaringan. Keputusan perlawanan mungkin dengan margin yang kecil sama ada 1-0 atau 2-1 dan sudah semestinya penulis memilih pasukan England. Tidak keterlaluan juga andai penulis katakan kedua-dua pasukan ini bertemu terlalu awal, sepatutnya mereka bertemu di pentas final!
Jangan lupa saksikan perlawanan ini secara langsung disaluran Astro Arena 802HD/801 pada Jumaat, jam 1:30 pagi.