Berbulan-bulan lamanya memendam rasa, akhirnya Ole Gunnar Solskjaer menemui kesempatannya untuk mempersenda.
Sasarannya tidak lain daripada Jurgen Klopp dan Liverpool – barisan serba penakluk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Pada hari juara kelab dunia itu memecahkan rekod kemenangan dalam EPL -- 20 daripada 21 perlawanan musim ini hasil kejayaan menundukkan Tottenham 1-0 – Solskjaer enggan merelakan pasukannya sendiri terlepas daripada tumpuan.

Menyusuli kejayaan United menundukkan Norwich City 4-0 di Old Trafford – kemenangan pertama The Red Devils dalam tiga perlawanan – Solskjaer tidak berlengah menonjolkan perbandingan bahawa barisan muda yang ditampilkannya kurang mendapat pengiktirafan sepatutnya.
Ia merujuk kepada hingar-bingarnya keadaan tatkala kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Everton dalam pusingan ketiga Piala FA di Anfiled, 6 Januari lalu, yang mengundang banyak pujian.
Dalam perlawanan itu, Klopp mengetengahkan barisan muda dengan purata usia 22.34 tahun sambil Curtis Jones, 18, tampil wira dengan menyumbangkan gol tunggal.
Namun, apa kurangnya United.
Marcus Rashford, 22, meraikan penghormatan selaku pemain ketiga termuda United untuk membuat 200 penampilan dengan jaringan berganda.
Anthony Martial, 24, menyumbat gol ketiga United sambil penyerang berusia 18 tahun, Mason Greenwood melengkapkan kemenangan 4-0 – yang bermakna purata usia ketiga-tiga penjaring berkenaan hanyalah 21.3 tahun.
“Semua orang memuji-muji pasukan muda Liverpool yang menundukkan Everton dalam Piala FA,” kata Solskjaer seperti dipetik laman metro.co.uk.
“(Tapi) pasukan liga kami adalah setahun lebih muda daripada segi purata usia.”
Kemenangan terbaru itu melonjakkan kembali United ke tangga kelima, lima mata di belakang Chelsea di tangga keempat tetapi berjurang besar 27 mata dengan Liverpool di mercu liga.
“Kami di sini (tangga kelima) ketika ini, tidak terlalu jauh daripada tangga keempat, dan kami masih bersaing dalam semua kejohanan. Kami sedang memulakan kerja-kerja pembinaan semula yang besar,” katanya lagi.
Andai diingati, Klopp lebih dahulu mempersendakan United kerana taktik “meletakkan bas” dalam keputusan seri 1-1 di Old Trafford, 20 Oktober tahun lalu – satu-satunya perlawanan yang The Reds keciciran mata dalam musim 2019/20 ini.
Ia melanjutkan kegagalan Klopp dan barisan pemainnya untuk mengutip mata penuh di Old Trafford dalam lima percubaan.

Namun, sindir-menyindir di antara kedua-dua jurulatih berkenaan tidak harus disalahertikan melainkan ia bertujuan untuk menghangatkan lagi bahang menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Anfield, 20 Januari ini.
Dengan gol pendahuluan Rashford, 20 Oktober tahun lalu, mengerah Adam Lallana untuk mengimbanginya bagi berkongsi mata, tiada jaminan Liverpool akan terus menjadi barisan serba penakluk.
Barangkali United mampu menjadi pasukan pertama menyekat Liverpool daripada melanjutkan rekod tanpa kalahnya kepada 39 perlawanan, siapa tahu.
Ditambah rekod United yang memberangsangkan berdepan pasukan-pasukan besar musim ini, apa-apa saja berkemungkinan.