Bulan ini akan menjadi bulan Selangor dan PKNS FC bagi saingan bola sepak tempatan.
Apa tidaknya, kedua-dua pasukan yang dianggap adik-abang itu akan berentap sebanyak empat kali pada bulan ini bermula aksi Liga Super di Stadium KLFA Cheras pada Rabu.
Ia disusuli pertemuan kedua pada 10 Jun di Stadium Shah Alam sebelum kedua-dua pasukan itu bertembung lagi pada 23 dan 30 Jun untuk aksi separuh akhir Piala FA.
Sememangnya, ia perlawanan yang menarik untuk disaksikan memandangkan pertemuan kedua-dua pasukan itu akan menentukan status sebenar gergasi lembah klang.
Ketika ini, PKNS FC merupakan sebuah pasukan yang lebih sempurna berbanding Selangor. Ini berdasarkan barisan pemain, pengurusan dan sumber kewangan berbanding Red Giants yang terumbang-ambing dalam beberapa perkara terutama membabitkan dana.
Namun, itu sebenarnya bukan penghalang buat Selangor untuk mencabar PKNS FC dan ia sudah dibuktikan dalam beberapa perlawanan terdahulu dengan yang terakhir mereka cemerlang menewaskan Kelantan 4-0.
Manakala, bagi skuad PKNS FC bimbingan Datuk K. Rajagobal, prestasi mereka pula kini tidak menentu setelah gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir dan terbaru diaib Negeri Sembilan 1-3 di tempat lawan Ahad lalu.
Begitupun, persoalannya perlawanan manakah yang akan menjadi keutamaan mereka? Aksi Liga Super atau Piala FA?
Saya berasakan, dua perlawanan Liga Super yang akan berlangsung pada bulan Ramadan ini akan menjadi aksi pemanas badan buat kedua-dua pasukan tetapi dua aksi Piala FA nanti akan menjadi medan peperangan sebenar.
Ini bagi saya, aksi Piala FA menjadi peluang terbaik buat Selangor mahu pun PKNS FC mara ke peringkat lebih tinggi untuk meraih satu kejuaraan musim ini selepas gelaran lain habis 'disapu' pasukan lain.
Saya ada ajukan satu soalan kepada pengendali Selangor, Nazliazmi Nasir mengenai apakah strateginya untuk empat pertemuan dengan PKNS FC bulan ini?
"Empat kali lawan, empat strategi berbeza lah Zul", jawab Nazliazmi dengan berseloroh.
Imej: Asiana