Happy birthday Nicol!
Nicol David dilahirkan pada 26 Ogos 1983 di Pulau Pinang.
Memang ditakdirkan anak ketiga kepada Desmond David dan Ann Marie David ini menjadi atlet luar biasa.
Nicol merangkul pingat emas individu skuasy wanita Sukan Asia 2018 setelah mengalahkan pemain 19 tahun dari Sungai Petani, Kedah, S.Sivasangari.
Bukan mudah setelah ketinggalan 11-13, 11-9 dan 5-11. Bermain menentang rakan sepasukan, Sangari, yang mengejutkan pilihan kedua dari Hong Kong, Annie Au, dalam suku akhir dan kemudiannya Joshna Chinappa, Nicol tahu dia dalam situasi tertekan sebelum menggunakan segala pengalaman dan kudrat untuk bangkit merangkul kejuaraan dengan 11-6 dan 11-8.
Ini juga emas ketujuh Nicol di samping satu pingat perak dalam penglibatannya dalam enam edisi Sukan Asia yang juga menjulangnya sebagai atlet terbaik Malaysia dalam temasya ini.
Pingat emas dalam penampilan terakhirnya dalam sukan terbesar Asia ini pasti menyentuh hati lebih-lebih lagi pada hari jadinya yang ke-35.
Sebagai bekas rakan sepasukan, saya melihat bagaimana adik kecil tujuh tahun yang tangkas di dalam gelanggang sehinggalah menjadi wanita paling berjaya dalam sukan skuasy Malaysia dan dunia dengan menjuarai Kejohanan Dunia sebanyak lapan kali dan mendominasi ranking nombor satu dunia lebih dari sembilan tahun.
Kini di ranking kesembilan dunia dan melalui aksi terumbang-ambing dalam sirkit dunia, mengiakan pandangan bahawa Nicol berada di penghujung zaman kegemilangannya.
Tetapi, apa lagi yang kita mahu terus perah daripada Nicol. Sudah cukup.
Ratu skuasy negara yang juga dikenali 'Duracell Bunny' dan merupakan idola rakyat Malaysia telah memberi segala-galanya dan hanya yang terbaik kepada sukan tanah air.
Biarlah Nicol meraikan kejayaan di Jakarta pada hari dia menyambut ulang tahun ke-35 kerana dia berhak kejayaan ini.
Terima kasih Nicol.
Selamat hari jadi!