Melihat kepada gerak tubuh penyerang PKNP FC, Shahrel Fikri Md Fauzi, ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Pahang di Stadium Darul Makmur malam tadi, seperti ada sesuatu yang tersimpan di hatinya.
Shahrel yang mesra disapa Eky ibaratkan beraksi untuk perlawanan terakhirnya apabila mengerah segala kudrat yang ada untuk membantu skuad PKNP meraih keputusan positif berdepan juara dua kali, Pahang.
Meskipun gagal mengekalkan momentum menjaringkan gol, Eky tetap menjadi antara watak penting kejayaan pasukannya mengikat skuad Tok Gajah 1-1 untuk bekalan satu gol tempat lawan menjelang aksi timbal balik di Ipoh nanti.
Ternyata, apa yang diperagakan pemain itu di atas padang ada perkara yang tersirat. Sehari selepas perlawanan menentang Pahang, perkhabaran Eky akan berhijrah menyertai kelab Thailand mula tersebar di laman media sosial.
Pemerhati bola sepak tanah air, Hasnizam Uzir, menerusi satu kenyataan di laman media sosial miliknya memaklumkan Eky menerima tawaran daripada Nakhon Ratchasima FC dari Liga 1 Thailand.
"Terima kasih kepada PKNP yang rela meminjamkan Shahril demi masa depan beliau dan bola sepak negara serta ia akan menjadi inpirasi kepada pemain muda lain. Ini semua dari usaha pencari bakat." kata Hasnizam yang juga individu bertanggungjawab membawa Eky ke Thailand.
Kini, penulis difahamkan keputusan mengenai penghijrahan Shahrel Fikri ke kelab berkenaan hanya akan diketahui pada Isnin. Namun, rundingan kedua-dua pihak dikatakan positif dengan pasukan PKNP sudah memberi lampu hijau kepada Eky untuk berhijrah.
Jika semuanya berjalan lancar, Eky akan terbang ke bumi Thailand pada Isnin malam bagi melengkapkan proses perpindahannya ke pasukan tersebut.
Sememangnya, penulis cukup teruja dengan perkhabaran ini memandangkan jarang-jarang sekali anak tempatan kita sedia menyahut cabaran untuk beraksi di kelab luar walaupun ada dalam kalangan mereka menerima tawaran lumayan.
Jadi, penulis rasa kita perlu 'tabik spring' kepada Eky kerana sedia melakukan pengorbanan tidak beraksi dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA walaupun dia dan pasukannya diambang mencipta sejarah mara ke perlawanan akhir buat kali pertama.
Akhir kata, semoga maju jaya buat Eky!