Pengumuman senarai 28 pemain skuad hoki negara mengikuti kem latihan pusat di Kuantan, Pahang bermula 10 hingga 16 Mac ini amat menarik untuk disaksikan oleh semua peminat hoki tanah air.
Bukan apa, saya begitu teruja dengan keberanian ketua jurulatih Malaysian Tigers, Roelant Oltmans, memberi peluang kepada empat muka baru yang tidak pernah merasai kenikmatan bersaing di pentas antarabangsa berperingkat senior.
Mereka ialah tiga pemain daripada skuad bawah 18 tahun yang meraih pingat emas acara hoki lima sebelah Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2018 di Buenos Aires, Argentina iaitu Mohamad Akhimullah Anuar Esook, Muhammad Arif Syafie Ishak dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi.
Selain tiga pemain yang baru berusia 19 tahun itu, Oltmans dan barisan kejurulatihan lain turut memberi peluang kepada seorang lagi pemain muda Tenaga Nasional Berhad berumur 20 tahun iaitu Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal.
Saya merasakan ia adalah satu keputusan tepat terutama kemasukan Akhimullah berdasarkan prestasinya sebagai penjaring terbanyak YOG 2018 dengan 22 gol selain keempat-empat pemain ini berjaya memperagakan aksi cemerlang bersama TNB sepanjang kempen Liga Hoki Malaysia (LHM) baru-baru ini.
Antara kejutan daripada senarai ini pastinya dengan ketiadaan tiga pemain yang mewakili skuad negara pada Piala Dunia 2018 iaitu tonggak berpengalaman, Nabil Fiqri Mohd Noor, pemain tengah, Muhammad Azri Hassan, dan penyerang, Muhamad Ramadan Rosli.
Begitupun, saya tetap percaya Oltmans akan ‘pening kepala’ memilih barisan 18 terbaik daripada keseluruhan 28 pelatih ini untuk mewakili Malaysian Tigers menghadapi Piala Sultan Azlan Shah yang akan berlangsung di Ipoh, Perak pada 23 hingga 30 Mac ini.
Beliau perlu memilih gandingan benteng terbaik daripada sembilan pemain pertahanan apatah lagi selepas kemasukan semula pakar flick Universiti Kuala Lumpur, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, yang sememangnya mempunyai kredibiliti sebagai pemain berstatus kebangsaan.
Persaingan merebut slot di bahagian serangan juga menarik disaksikan dengan muka-muka baharu seperti Akhimullah, Azrai Aizad dan Noor Firdaus untuk mencabar tempat daripada pemain-pemain senior seperti Haziq Samsul, Tengku Ahmad Tajuddin, Firhan Ashari, Nik Aiman, Shahril Saabah dan Faizal Saari.
Ia pastinya tugas sukar buat pemain-pemain yang ‘mentah’ pengalaman di pentas antarabangsa tetapi setidak-tidaknya kumpulan pemain yang ramai ini memberi ruang buat Oltmans memilih ramuannya yang terbaik.
Saya percaya untuk saingan Piala Sultan Azlan Shah bulan ini, Oltmans akan ‘bereksperimen’ dengan menyenaraikan skuad gabungan muka baharu dan senior agar beliau dapat mengkaji dan menilai pemain yang terbaik untuk kejohanan sebenar.
Ia adalah Final Siri Hoki Dunia yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil bulan depan kerana hanya dua slot akan ditawarkan daripada kejohanan ini untuk layak beraksi pada peringkat kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020.
Pesanan saya kepada pemain senior agar mereka tidak lokek ilmu untuk berkongsi dengan pemain-pemain muda.
Buat pemain muda pula, janganlah anda sesekali mengalah dan takut kepada pemain senior, berikan prestasi anda yang terbaik dalam setiap sesi latihan supaya dapat memikat hati barisan kejurulatihan.
Ambillah peluang ini sebaik mungkin kerana ia tidak akan datang bergolek begitu sahaja!
Senarai 28 pelatih skuad kebangsaan:
1. Kumar Subramaniam
2. Muhammad Hairi Bin Abd Rahman
3. Muhammad Hafizuddin Bin Othaman
4. Muhamad Zaimi Bin Mat Deris
5. Mohamad Sukri Bin Abdul Mutalib
6. Muhammad Razie Bin Abd Rahim
7. Syed Mohamad Syafiq Bin Syed Cholan
8. Faiz Helmi Bin Jali
9. Luqman Nul Hakim Bin Ahmad Shukran
10. Muhammad Najmi Farizal Bin Jazlan
11. Muhammad Najib Bin Abu Hassan
12. Muhammad Amirol Aideed Bin Mohd Arshad
13. Muhammad Arif Syafie Bin Ishak
14. Muhammad Marhan Bin Mohd Jalil
15. Mohd Fitri Bin Saari
16. Meor Muhamad Azuan Bin Hassan
17. Mohamad Ashran Bin Hamsani
18. Joel Samuel Van Huizen
19. Muhammad Azrai Aizad Bin Abu Kamal
20. Muhammad Haziq Bin Samsul
21. Tengku Ahmad Tajuddin Bin Tengku Abdul Jalil
22. Muhammad Firhan Bin Ashari
23. Faizal Bin Saari
24. Nik Muhammad Aiman Bin Nik Rozemi
25. Norsyafiq Bin Sumantri
26. Muhammad Shahril Bin Saabah
27. Mohamad Akhimullah Bin Anuar Esook
28. Muhammad Noor Firdaus Bin Rosdi