Skip to main content

Rencana

Eh dah sain kontrak?

mehmet.jpg
Antara cinta pertama & kekasih kedua Mehmet Durakovic.

Itulah perumpamaan cinta 3 segi antara Durakovic, Selangor dan Perak yang sedang diperkatakan ketika ini.

Seminggu berlalu saingan final Piala Malaysia yang menyaksikan Perak muncul juara bagi edisi 2018.

Selama itu jugalah, perjalanan Durakovic dalam membina pasukan utama skuad Selangor bagi musim 2019 terhenti di setengah jalan.

"Mehmet sudahpun menandatangani kontrak sah untuk bersama Selangor musim depan, ikut undang -undang dia sah milik Selangor ketika ini".

Itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidun yang menegaskan 2 bulan lalu Durakovic dan FAS sudah capai kata sepakat menerusi kontrak bukan perjanjian persefaham (MOU) seperti yang di gembar gemburkan.

8 kali pertemuan membincangkan keseluruhan kontrak seperti yang di mahukan Durakovic, termasuk pilihan pemain yang dimahukan pengendali ini bagi membentuk skuad Selangor 2019.

"Kami sudah hubungi pemain yang dimahukan Mehmet dalam erti kata lain, tunggu masa hendak sain kontrak sahaja", Tegas Johan.

Persetujuan nilai kontrak Durakovic kali ini bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, malah nilai jutaan ringgit Malaysia yang sanggup dibayar FAS sudah cukup untuk membuktikan Red Giant serius dalam mendapatkan khidmat Durakovic musim depan.

"Ini cerita sebenar 2 bulan lalu, namun segalanya jadi lain sebaik Perak dinobat selaku juara Piala Malaysia 2018".

Bagaimanapun Durakovic terselamat apabila Presiden FAS Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah ambil pendekatan ‘restui’ pilihan Durakovic tanpa mengambil sebarang tindakan susulan diatas kegagalan Durakovic yang gagal tepati janji.

"Tiada guna paksaan jika hati Mehmet tidak bersama Selangor dan atas dasar jasanya bersama Selangor sebelum ini FAS hormati apa yang di mahukan Mehmet".

Advertisement

Must Watch Video