Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe bakal mengharungi perlawanan akhir kedua berdepan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Sabtu ini.
Di atas kertas, peluang nampak sukar buat skuad negara untuk mencipta kemenangan, apatah lagi Malaysia berada di ranking ke-167 dunia, berbanding Vietnam di ranking ke-100.
Namun, andai persembahan perlawanan final pertama diambil kira, segalanya-galanya berkemungkinan.
Skuad negara dilihat lambat panas pada 30 minit pertama permainan, namun selepas ketinggalan dua gol, barulah mereka "sattle down" dan menguasai perlawanan.
Penulis bukanlah pakar dalam merancang taktikal, namun penulis percaya kehadiran semula Syahmi Safari dalam kesebesan utama nanti pastinya memantapkan kembali jentera pertahanan Malaysia, selain membantu "overlapping" dalam melakukan serangan ke kubu lawan.
Penulis tidak pasti akan status kecergasan Aidil, namun andai beliau cergas untuk beraksi, skuad Malaysia hanya perlu memberikan tumpuan dalam merencana serangan untuk mendapatkan gol, manakala benteng pertahanan perlu terus konsisten seperti biasa ditambah dengan kecemerlangan Farizal Marlias menjaga gawang gol.
Elakkan daripada melakukan kesilapan-kesilapan mudah yang boleh mengundang padah kerana Vietnam mempunyai pemain sayap kiri dan kanan yang amat pantas.
Lihat sahaja bagaimana mereka melakukan serangan balas sewaktu beraksi di Stadium Bukit Jalil, semalam.
Dapatkan gol awal, dan jangan bolos.
Peranan Safawi Rasid, Matyo dan Sumareh amat penting dalam merencana serangan selain dibantu kreativiti Akram Mahinan dan Syamer Kutty Abba.
Biarpun beraksi di tempat lawan, penulis berkeyakinan pemain-pemain negara mampu beraksi dengan baik, seperti mana yang ditampilkan sewaktu berdepan Thailand di Stadium Rajamangala.
Pemain-pemain negara juga harus memanfaatkan setiap peluang yang diperoleh dari situasi bola mati.
Kita mempunyai ramai pakar sepakan percuma seperti Safawi Rasid dan Nazirul Naim, malah Zaquan Adha juga boleh melakukan sepakan percuma dengan baik.
Penulis tidak akan ke Hanoi untuk menyaksikan perlawanan itu, namun doa penulis sentiasa mengiringi perjuangan skuad Harimau Malaya dan juga Ultras Malaya yang tidak akan berhenti memberikan sokongan selaku pemain ke-12.
Ayuh Malaysiaku! Tenggelamkan sorakan penyokong Vietnam di Stadium My Dinh!