Kurang beberapa hari sahaja lagi, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) akan membuka tirai dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menjadi lokasi untuk pusingan pertama.
Selain itu, buat julung kalinya Korea Selatan akan menjadi sebahagian daripada aksi deruman motor pelumba terbaik Asia tahun ini dan dalam masa sama tiada lagi pusingan membabitkan di India dan Indonesia seperti kebiasaannya.
Seperti yang semua sudah maklum bahawa penganjur akan memperkenalkan kategori Asian Superbike (ASB) 1000 yang bakal menjadi tarikan utama. Kategori Supersport 600 masih dikekalkan, cuma perubahan syarat menyaksikan hanya pelumba bawah 25 tahun sahaja dibenarkan beraksi dalam kategori tersebut.
Khusus untuk ASB 100, Malaysia akan mempertaruhkan tiga pelumba tempatan, Zaqhwan Zaidi yang masih setia dengan pasukan Honda Asia Dream with Showa, sementara dua lagi pelumba, Azlan Shah Kamaruzaman, beralih ke pasukan Onexox TKKR Racing bergandingan dengan Amirul Hafiq Azman.
Menarik untuk melihat penyertaan pasukan dari Filipina, Acces Plus Racing Ducati Philippines Essenza yang menampilkan pelumba Jonathan Serrapica dari Switzerland serta Timothy Alberto, yang bakal menggunakan jentera Ducati Panigale V4R.
Persaingan dijangka sengit membabitkan 13 pelumba, memandangkan kesemua mereka punyai beraksi di Kejohanan Dunia Motogp dan Superbike Dunia (WSBK).
Oh tidak lupa, untuk saingan musim ini juga bakal ada satu “bunga”, Liu JunMei, dari Taiwan yang beraksi bersama Bike Corner SYS KYT Racing team bergandingan dengan Rafid Topan.
Rencana
Ducati Panigale, Yamaha YZF R-1 atau Honda CBR 1000, siapa lagi laju di ARRC 2019?
Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena