Setiap tahun, menginjak sahaja penghujung bulan Mei, kejohanan Grand Slam kedua di kalender sukan tenis iaitu Terbuka Perancis atau lebih dikenali sebagai Roland Garros kembali mencuri tumpuan.
Kisah perseteruan selama 2 minggu di Paris ini sentiasa cetus keinginan buat peminat setia sukan ini di seluruh dunia untuk mengikuti, bukan sahaja prestasi semasa tetapi drama yang kadangkala gagal ditamatkan di gelanggang final.
Ketiadaan Serena Williams yang sinonim dengan kisah menariknya di dalam dan luar gelanggang nampaknya tidak langsung mengubah lanskap hiburan yang dipertontonkan.
Masih ingat kisah Serena yang dikejutkan pemain Sepanyol, Garbine Muguruza di pentas akhir tahun lalu? Siapa sangka ia hanyalah permulaan kisah suram kepada perjalanan kerjaya Muguruza selepas itu. Malah dia terpaksa angkat kaki dari kempen kali ini dengan linangan air mata.
"Penyokong yang hadir beri tekanan hebat. Saya cuma harap mereka lebih menghormati pertandingan. Pengadil pun tidak dapat mententeramkan mereka. Saya ke sini bukan mencari musuh."
Ironinya, kisah "penyokong tiada kelas" ini tidak terhenti di situ. Pemain harapan tuan rumah, Kristina Mladenovic, merupakan individu yang bermati-matian mempertahan tindakan para penyokong ketika pertembungannya dengan Muguruza, namun nampaknya dia juga meninggalkan saingan suku akhir dengan cara yang sama.
Kegagalan menterjemah keputusan yang diharapkan penyokong perlu dibayar dengan harga yang agak mahal oleh Mladenovic. Dia juga teruk dihentam di laman sosial, dengan kecaman seperti "karma itu memeritkan", pastinya memulang paku buah keras kepada aksi kurang sopan Mladenovic yang menjerit "forza" setiap kali Muguruza lakukan kesilapan.
Sedar atau tidak, situasi ini menerbitkan skrip baru di kejohanan ini apabila tiada seorang pun calon pilihan yang pernah menggengam gelaran Grand Slam masih bertahan saat ini, kali pertama ia berlaku sejak Terbuka Amerika Syarikat 1979.
Jadi siapakah agaknya pemain yang akan menjadi juara baru tahun ini? Mungkinkah ini masanya buat dua semi finalis, Simona Halep dan Timea Bacsinszky menyinar? Ah sukarnya meramal, namun setakat ini, kedua-dua pemain ini adalah pilihan saya kerana cukup "steady" patahkan cabaran lawan.