Sejak 2014 atlit angkat berat dikesan menggunakan bahan terlarang.
Ini bermakna, sudah lima tahun berturut-turut badang negara mencemar imej sukan Malaysia walaupun ada ketikanya mereka menyumbang pingat untuk negara.
Kes paling sensasi pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014, Mohd Hafifi Mansor yang positif oxymetholone, sejenis ejen steroid pada tahun lalu.
Dia harapan utama skuad angkat berat negara untuk mencabar kejohanan besar seperti Sukan Komanwel, Asia atau Olimpik - sebelum kemunculan pemenang pingat Sukan Komanwel Gold Coast, Azroy Hazalwafie Ahmad Izhar, Aznil Bidin dan Fazrul Azrie Mohdad.
Tidak sampai setahun, kes doping sekali lagi menggegar skuad angkat berat.
Kali ini bahan jenis stanozolol, juga ejen steroid, dikesan dalam tubuh salah seorang pemenang pingat angkat berat negara di Gold Coast.
Soalnya mengapa mereka berani mengambil bahan terlarang walaupun mereka tahu, Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) kerap menjalankan ujian?
Adakah kerana tamakkan ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam)?
Pingat emas RM80,000, tanah, rumah, pingat daripada kerajaan negeri?
Adakah berbaloi menang dengan cara menipu?

Sedarlah, jarang sekali pemenang pingat kejohanan atau temasya sukan besar boleh terlepas daripada ujian doping. Sehandal mana nasihat tok bomoh di kampung yang mengatakan makan itu ini boleh menghilangkan bahan terlarang dalam sistem tubuh, ia tidak akan berhasil.
Teknologi sudah maju bro!
Apa yang pasti, tindakan ini mencemar imej sukan negara. Badan induk antarabangsa, tidak kira dalam sukan mana sekalipun akan melihat atlit Malaysia sebagai individu berisiko tinggi menggunakan bahan terlarang.
Maka, rakan-rakan atlit akan lebih kerap diuji sekali gus menyusahkan mereka.
Tahukah anda berapa lama proses ujian doping dijalankan? Selepas tamat pertandingan, dengan peluh yang masih menitik, pegawai anti doping akan 'memegang' atlit.
Mereka akan mengikut ke mana saja atlit pergi. Komunikasi dan pergerakan terbatas, hinggalah atlit masuk ke bilik ujian.
Kebiasaannya, atlit tidak boleh terus kencing. Badan mereka sudah kehilangan banyak air menerusi peluh dan mereka perlu minum lebih banyak untuk mempercepatkan proses itu.
Ada atlit yang mengambil masa 3/4 jam hanya untuk kencing!
Selepas tamat proses, barulah mereka dibenarkan pulang - ketika rakan sepelatih sudah bersiap-sedia untuk tidur.
Saya fikir, mustahil Adamas, MSN atau ISN boleh mengawal pergerakan atlit 24 jam sehari.
Jadi, atlit sendiri perlu bertanggungjawab terhadap apa jua yang masuk ke dalam badan mereka.
Anda boleh buat kesilapan dalam pertandingan, tetapi kesilapan doping boleh memaksa anda bersara awal.