Skip to main content

Rencana

DNA Jerman Selangor onz x onz?

selangor-fc.jpg
Hanya satu kemenangan dan lima mata selepas lima perlawanan, rekod ini jelas tidak cukup baik buat Selangor FC yang sebelum musim 2021 bermula di canang sebagai antara pencabar kejuaraan Liga
Super.


Apa sebenarnya tidak kena dengan Selangor FC untuk saingan musim ini selepas melakukan rombakan dengan membawa masuk beberapa muka baru?

Dalam artikel kali ini, penulis ingin melontarkan pandangan ikhlas dengan menggariskan lima faktor utama kepada prestasi tidak menentu Red Giants setakat ini berlandaskan pengamatan penulis selaku pemerhati sukan.
  1. Mainkan Eky Di Posisi Terbaiknya
Staf kejurulatih pasukan yang diketuai Karsten Neitzel perlu mengkaji mengapa penjaring tempatan terbanyak Liga Super musim lalu, Shahrel Fikri Md Fauzi seakan sukar meraih gol musim ini.





Apakah mungkin taktikal Neitzal tidak sesuai buat Eky? Atau mungkin bekas pemain Perak ini tidak bermain di posisi terbaiknya iaitu sebagai penyerang utama atau penyerang sokongan ( second striker).

Neitzel perlu segera mencari penyelesaian kepada masalah ini dan pada masa sama, perlu mencari taktikal dan formasi sesuai yang membolehkan Eky bergandingan baik bersama Ifedayo Olusegun.

Apabila bahagian serangan seakan tumpul, ia akan memberi tekanan kepada pasukan dan tiada gunanya jika menguasai perlawanan tetapi bahagian serangan tidak mempunyak tindakan penyudah berkesan.

Bagi penulis, Eky perlu bermain di posisi yang sama ketika dia bersama Perak musim lalu.
  1. Tiada Pengganti Halim Saari


Tanpa kelibat Halim Saari yang kini tersisih kerana kecederaan lutut ACL, pemain serba boleh dari Singapura Safuwan Baharuddin kini kerap mengisi posisi pemain tengah bertahan.

Tetapi penulis berasa tanpa Safuwan di bahagian pertanan, ia memberi kesan kepada benteng pasukan walaupun dia tetap memberikan aksi terbaik mengisi ketiadaan Halim.

Sepatutnya Selangor tidak perlu bergantung kepada Halim untuk mengisi posisi tengah bertahan kerana adanya Manuel Konrad.

Namun, apabila Konrad tiba di Selangor dia tampak kurang cergas selain terlebih berat badan daripada sepatutnya sebagai seorang pemain profesional.
  1. Import Baru Hambar


 
Posted by Malaysian Football League on Saturday, March 20, 2021


Secara jujur, daripada tiga import baru Selangor FC musim ini hanya Oliver Buff menepati reputasinya yang beraksi di Eropah sebelum ini.

Tim Heubach tampak mengecewakan dalam lima aksi bersama Selangor di Luga Super kali ini.

Untuk seseorang pemain yang beraksi di liga yang tahapnya lebih tinggi daripada Liga Super, sudah pasti ribuan peminat Selangor lain mengharapkan aksi yang lebih konsisten daripadanya.

Manuel Konrad pula, setakat ini adalah pembelian yang merugikan dan kini hanya beraksi dengan Selangor II.
 
  1. Sesuaikah DNA Jerman?


Selain Eky, dua lagi pemain kebangsaan dalam skuad Selangor yang tampak mengalami sedikit penurunan prestasi ialah kapten pasukan Brendan Gan dan bek kanan, Syahmi Safari.

Apakah kemerosotan mereka disebabkan sukar adaptasi dengan corak permainan menggunakan DNA Jerman yang diterapkan Neitzel?

Atau kemerosotan ini adalah gara-gara kealpaan pemain sendiri.?
  1. Sesuaikah Neitzel Sebagai Jurulatih Selangor FC?


Kalau tanya penulis, dari awal lagi penulis lebih gemar jika pengurusan Selangor FC mengambil jurulatih tempatan muda berkelayakan seperti Nidzam Jamil.

Jika diberikan peluang, tidak mustahil Nidzam mampu menyinar seperti Nafuzi Zain di Terengganu FC.

Tetapi tidak mengapa jika mahu menerapkan DNA baru dalam permainan pasukan.

Hanya bagi penulis,mungkin lebih baik jika pengurusan Selango FC mengambil seorang jurulatih yang terbabit dengan kelab utama Bundesliga dan bukannya seorang jurulatih yang mengendalikan kelab di liga bawahan Jerman sebelum ke Liga M.

Memang gaji seorang ketua jurulatih di kelab Bundesliga cukup tinggi, tetapi pengurusan Selangor FC mungkin boleh menimbang kemungkinan mencari seorang jurulatih muda yang terbabit selaku penolong jurulatih sebuah kelab utama Bundesliga.

Terdapat jurang daripada segi pendedahan dan pengalaman seseorang jurulatih di kelab utama bundesliga dan liga bawahan Jerman.

Apabila pengurusan pasukan mahu menerapkan DNA baru buat pasukannya, mengapa tidak mengambil jurulatih daripada kelompok terbaik bagi memastikan setiap pemain faham dengan jelas kaedah latihan dan taktikal yang dibawakan jurulatih.

Apa pun, itu hanya pandangan peribadi penulis dan mungkin Neitzel boleh diberikan sedikit lagi masa untuk memperbaiki prestasi pasukan.

Penerapan DNA bola sepak baru untuk sesebuah pasukan memang memerlukan sedikit masa.

Persoalannya apakah peminat Selangor dan pengurusan pasukan sendiri boleh bersabar jika prestasi pasukan terus merudum?

Daripada pemerhatian penulis, pengurusan Selangor FC sudah memberi sokongan penuh buat Neitzel mendapatkan pemain dan tenaga kejurulatihan yang dimahukannya.

Jadi, suka atau tidak dia perlu segera menjelmakan kebangkitan pasukan dan jika terusan gagal.. Neitzel perlu bertanggung jawab, tiada cara lain.
 

Advertisement

Must Watch Video