Spekulasi dan kontroversi sentiasa menjadi perisa tambahan kepada kerancakan bola sepak Malaysia (Liga-M) menjelang sepak mula minggu ini.
Dalam keghairahan setiap pasukan meningkatkan mutu pasukan, Liga-M terus terpalit dengan isu gaji tertunggak yang bagaikan tiada kesudahannya.
Sebelum ini, isu gaji sering dipandang sebelah mata oleh pengurusan lama biarpun pemain era ini memiliki saluran untuk mengadu nasib, antaranya menerusi saluran Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) yang giat memperjuangkan nasib pemain.
Saya tabik kepada FAM kerana berani membuka pekung di dada dengan mendedahkan masalah kewangan Liga-M adalah tenat -- mencatat kes tertinggi di Asia.
Walaupun dihujani kritikan, FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebenarnya tidak bersikap lepas tangan dalam isu ini, termasuk melancarkan Peta Hala Tuju F:30 serta memperkenalkan syarat pelesenan pasukan dan menyekat geran tahunan.
Dan yang terbaru, cadangan mengetengahkan sistem kewangan pasukan, namun FAM sendiri perlu lebih tegas dan konsisten dalam melaksanakan peraturan.
Dengan saingan Liga-M akan membuka tirai minggu ini, setiap pasukan akan turun dengan harapan baru tetapi masih ada segelintir kelab mahupun pasukan yang ibarat cuba menyapu ke bawah karpet atau gagal mengatasi kemelut dalaman.
Malah, ada pasukan yang cuba menggunakan geran tahunan sebagai jaminan untuk menyelesaikan hutang lapuk sedangkan ia bertujuan menampung kos operasi tahunan.
Dalam era penswastaan liga hari ini, sikap persatuan sendiri juga perlu dipersoalkan atas lantikan individu yang tidak mempunyai kelayakan dalam pentadbiran dan pengurusan sukan.
Pemerhati sukan negara, Sadek Mustapha, semalam menuntut MFL supaya meneliti keberkesanan penyampaian maklumat pengurusan liga kepada persatuan dan kelab.
Bagaimanapun, penglibatan tokoh sukan mahupun bekas pemain masih terlalu kecil dalam arena bola sepak tempatan, dengan kelibat kebanyakan daripada mereka hanya mengisi peranan jurulatih.
Diharapkan, saingan Liga-M bermula dengan rancak, berakhir dengan lancar -- tiada lagi pasukan yang tarik diri di pertengahan saingan.