Kalau dalam kalendar berbasikal kebangsaan, saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) ini satu acara yang bukan runcit. Ia berprestij, kalau tidak masakan ia mendapat status Hors 2.0.
Biarpun hakikatnya sebelum saingan bermula, wujud banyak isu, apa isunya saya serahkan kepada pembaca membuat selidikan sendiri berdasarkan artikel dan berita yang telah dibuat Nadi Arena sebelum ini.
Saya diberikan peluang membuat liputan tahun ini, boleh dikatakan sebagai 'debut' untuk LTdL memandangkan rakan senior, Bazly Azmi, baru sahaja tamat tugasan di Ipoh untuk Piala Sultan Azlan Shah, sementara Syamil Izwan Azizan sudah tidak bersama keluarga Arena lagi.
Dari sudut pengalaman memang masih cetek, tetapi mengambil kira saya pernah bergelar pelumba basikal lebuh raya amatur separuh masa suatu ketika dahulu, keyakinan itu wujud untuk membawakan liputan ini.
Basikal yang digunakan dalam saingan ini bukan calang-calang, ada yang berjenama dari Switzerland, ada yang buatan Itali, ada juga dari Amerika Syarikat. Pendek kata macam-macam. Teknologinya juga sudah semakin canggih. Seingat saya dahulu, gear basikal hadnya adalah sehingga 10, kini sudah lajak menjadi 11, lajunya tidak terkira, mungkin jika kena gaya terutamanya ketika turun bukit, boleh jadi lebih laju daripada motosikal kapcai.
Dan tahukah anda, basikal atau di sesetengah tempat dipanggil sepeda. Sepeda ini digunakan dalam perlumbaan bertaraf tinggi seperti ini rata-ratanya diperbuat daripada karbon berkualiti tinggi. Rim tayar sahaja sudah mencecah ribuan ringgit, inikan pula harga keseluruhan basikal. Sempat saya bertanya kepada salah satu pasukan tempatan harga semasa untuk basikal yang digunakan pelumba bagi saingan kali ini.
"Basikal ni sahaja kurang-kurang 50 ribu, bang," jawapannya ringkas, namun angka yang disebut membuatkan saya terbeliak. Bersama gaji saya entah mungkin 6 atau 7 tahun bekerja, barang mewah mungkin tidak semahal jenama beg tangan milik isteri aristokrat, namun masih sukar untuk dibeli oleh orang marhaen seperti saya, dan jika saya ada RM50k sekalipun, adalah lebih bijak untuk saya belikan sebuah kereta atau laburkan dalam mana-mana pelaburan.
Berbalik kepada penamat peringkat pertama LTdL 2019, Tampin, Negeri Sembilan. Saya enggan ulas lanjut mengenai kemenangan bersejarah pasukan tempatan, Sapura Cyling Team (TSC), kerana laporannya sudah diperincikan dalam Nadi Arena, anda boleh rujuk di sini, https://www.stadiumastro.com/sukan/sukan-lain/artikel/ltdl-sapura-semakin-membara-dengan-status-pasukan-terbaik-asia-uci/130527 atau yang ini, https://www.stadiumastro.com/sukan/sukan-lain/artikel/ltdl-sapura-ungguli-peringkat-pertama/130506, tapi saya ada pengalaman tersendiri dengan pekan Tampin.
Enam tahun lepas ketika bergelar seorang mahasiswa, tempat pengajian saya terletak di Alor Gajah. Kalau dihitung dari sudut jarak relatif, Alor Gajah ke Tampin ambil masa kurang daripada 30 minit.
Pernah sekali di suatu petang, ketika itu saya baru sahaja bangun tidur, seorang rakan mengajak saya untuk temankannya makan ayam goreng di salah sebuah rangkaian restoran terkemuka di Malaysia milik seorang kolonel.
"Alor Gajah ada restoran tu, kita ke sana sahaja!"
"Tak nak, Kita ke Tampin, yang sana punya lebih sedap!"
Saya akur, setuju tanpa membantah, setibanya di restoran itu yang turut punyai cawangan di Tampin, sambil mengerutkan dahi saya rasa tertipu sambil bermonolog dalam hati
"Bukan semua ayam goreng restoran ini sama ke rasanya?