Menjelang saingan Piala Suzuki AFF 2016, penulis ingin mengajak pembaca meninjau kesebelasan utama negara yang muncul juara ketika aksi final berdepan Indonesia, pada 26 serta 29 Disember 2010 dan di manakah mereka kini selepas enam tahun.
Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat
Penjaga gol yang lebih sinonim dengan gelaran "Apek" ini mempamerkan aksi menyakinkan ketika edisi 2010 dan merupakan tonggak utama pasukan kendalian Datuk K Rajagobal ketika itu.
Khairul Fahmi tidak memulakan saingan edisi 2010 sebagai pilihan utama, namun diberi kepercayaan oleh Rajagobal selepas Sharbinee Allawee dibolosi lima gol pada aksi pertama peringkat kumpulan berdepan Indonesia.
Penjaga gol berusia 27 tahun ini masih antara tiga penjaga gol terbaik negara kini dan dijangka berada dalam skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk saingan edisi 2016.
Pertahanan Kanan: Mahali Jasuli
Pemain berasal dari Bangi ini hanya berusia 21 tahun pada 2010, namun ia tidak menghalang Rajagobal untuk memberi kepercayaan kepadanya selaku piihan utama sepanjang kejohanan.
Pada 2010, larian over-laping Mahali daripada sebelah kanan kerap membantu barisan negara memecah benteng lawan.
Selepas menamatkan tugasan bersama Harimau Muda, Mahali meyertai Selangor pada 2013 sebelum berhijrah ke kelab Johor Darul Takzim (JDT) pada 2014.
Mahali kebelakangan ini lebih banyak beraksi sebagai pemain sayap di JDT dan tidak berada dalam skuad negara kini kerana masih beransur pulih daripada kecederaan lutut yang dialami ketika latihan dan siri persahabatan skuad negara di Oceania, Jun lalu.
Pertahanan Tengah: Fadhli Shas
Fadhli hanya berusia 19 tahun ketika membarisi kesebelasan utama negara pada aksi final 2010.
Gandingan Fadhli dan Muslim Ahmad menjelmakan kombinasi ampuh yang sukar ditembusi lawan pada edisi 2010, walaupun pada aksi pertama kumpulan tumpas 1-5 kepada Indonesia.
Selepas menamatkan tugasan bersama Harimau Muda A, Fadhli menyertai JDT pada 2014 dan kekurangan aksi selaku pemain utama di kelab itu tampak menjejaskan potensi yang dimiliki pemain ini walaupun dia dijangka, tetap berada dalam skuad negara ke Piala Suzuki AFF 2016.
Pertahanan Tengah : Muslim Ahmad
Seperti Fadhli, Muslim turut tampil sebagai pemain muda berusia 21 tahun tanpa pengalaman senior antarabangsa pada 2010.
Namun, ia tidak menghalang pemain kelahiran Terengganu ini untuk memberikan aksi mantap sepanjang kejohanan sehingga menjulang kejuaraan.
Selepas kejayaan 2010 dan menamatkan tugasan bersama Harimau Muda, Muslim beraksi bersama Terengganu, JDT, PDRM dan kini Kelantan.
Walaupun kembali perkuat skuad negara pada edisi 2014, Muslim juga tampak gagal menjelmakan potensi awal yang dimiliki dan tiada langsung dalam perancangan Datuk Ong Kim Swee untuk edisi 2016.
Pertahanan kiri: Asraruddin Putra Omar
Asraruddin mencipta reputasi sebagai pemain bek kiri yang sukar ditembusi pada 2010, selain kemampuannya membantu menjana serangan menerusi hantaran silang daripada sebelah kiri.
Selepas kejayaan 2010, Asraruddin terus kekal bersama Selangor sehingga musim 2013 dan kemudian menyertai JDT di mana dia adalah bek kiri utama kelab itu sehingga musim lalu apabila kerap dilanda masalah kecederaan.
Asraruddin kini jarang beraksi bersama JDT dan kelibatnya juga kadang-kala tidak kelihatan di bangku pemain simpanan pasukan itu.
Sayap Kiri: Ashari Samsudin
Sudah pasti ramai peminat tidak akan melupakan hantaran silang Ashari yang disudahkan Safee Sali, ketika aksi final kedua di Jakarta pada 2010.
Pemain tinggi lampai ini mempunyai keupayaan melakukan hantaran tepat, kemahiran menggelecek yang baik serta kemampuan untuk melakukan jaringan walaupun beraksi sebagai pemain sayap.
Namun, sejak kejayaan 2010 prestasi Ashari terus merudum walaupun sekali-sekala ada menjelmakan aksi luar biasa bersama Terengganu.
Ashari masih bersama skuad Peteh kini namun kegagalan berada dalam kesebelasan utama Terengganu musim ini, menyukarkan Kim Swee memanggil pemain ini untuk saingan Piala Suzuki AFF 2016.
Sayap Kanan : S.Kunanlan
Pemain kelahiran Semenyih ini dikenali dengan larian pantasnya di sebelah kanan yang kerap mengucar kacirkan pertahanan lawan.
Kunanlan terus beraksi bersama skuad negara pada edisi 2012 dan 2014 selepas kejayaan 2010 walaupun dia kini lebih banyak beraksi sebagai bek kanan.
Kunanlan menyertai JDT pada 2015 dan turut menjadi antara kesebelasan kelab itu yang muncul juara Piala AFC pada tahun itu.
Kunanlan kini tidak berada dalam skuad negara ke Piala Suzuki selepas mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa Jun lalu.
Pemain Tengah: Amar Rohidan
Pemain kelahiran Kedah ini, memainkan peranan penting selaku "holding midfielder" untuk skuad negara pada edisi 2010.
Amar turut menjelmakan persefahaman baik bersama Safiq Rahim di bahagian tengah dalam merangka gerakan buat barisan negara.
Selepas kejayaan 2010, Amar meninggalkan Perlis untuk bersama negeri kelahirannya, Kedah pada 2011 sebelum ke Felda United, Kelantan dan kembali ke Kedah musim ini.
Amar turut gagal menjelmakan aksi konsisten sejak 2010 dan tidak lagi berada dalam radar skuad kebangsaan sejak edisi 2012.
Pemain Tengah: Safiq Rahim
Kapten dan perancang utama skuad negara pada 2010 ini hanya berusia 23 tahun ketika mendapat kepercayaan Datuk K Rajagobal selaku kapten skuad negara yang kemudiannya menjulang kejuaraan Piala Suzuki AFF 2010.
Saingan 2010 menyaksikan ketenangan Safiq mengemudi bahagian tengah, selain kemampuannya menyempurnakan sepakan percuma.
Selepas kejayaan 2010, Safiq meninggalkan Selangor pada 2013 untuk menyertai JDT dan kerjayanya terus mekar bersama Harimau Selatan dengan tiga kejuaraan Liga Super diraih selain kejayaan menjulang Piala AFC 2015.
Safiq terus memperkuat barisan negara pada edisi 2012 dan 2014 sebelum mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa, Jun lalu.
Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha
Norshahrul turut beraksi cemerlang pada 2010, walaupun kelibatnya lebih kelihatan sebagai penyerang sokongan kepada Safee Sali yang mempunyai persefahaman baik bersamanya.
Selepas 2010, Norshahrul meninggalkan Kelantan dan menyertai JDT pada 2013 sebelum ke ATM dan kemudian Terengganu.
Walaupun jarang beraksi bersama Terengganu pada 2016 kerana masalah kecederaan, Norshahrul yang kini berusia 30 tahun tetap berada dalam perancangan Kim Swee untuk saingan Piala Suzuki AFF 2016.
Penyerang : Safee Sali
Safee muncul penjaring terbanyak negara pada Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol, yang turut melonjakkan reputasinya sebagai penyerang terbaik di rantau Asia Tenggara ketika itu.
Selepas saingan 2010, Safee meninggalkan Selangor untuk bersama kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya pada 2011 untuk menjadi pemain Malaysia pertama berkelana ke Indonesia.
Walaupun gagal meraih sebarang kejuaraan di Indonesia, Safee meraih 27 gol dalam 42 penampilan bersama Pelita Jaya.
Safee kemudian kembali ke Liga M pada 2013 bersama JDT dan prestasinya mula merosot apabila lebih kerap memanaskan bangku pemain simpanan dalam dua musim pertama bersama kelab itu.
Prestasi Safee kembali meningkat pada 2015, apabila dia membantu JDT meraih kejuaraan Piala AFC namun musim ini, dia kembali lebih kerap memanaskan bangku pemain simpanan dan tidak berada dalam perancangan Kim Swee untuk Piala Suzuki AFF 2016.