Pada 8 Julai 2020, penyerang Tottenham, Son Heung-min, akan mencecah usia 28 tahun. Buat sesetengah pemain di serata dunia, ia merupakan usia buat mereka mencapai tahap terbaik untuk memberikan impak kepada bola sepak.
Tetapi bagi Son, dia berkemungkinan akan memulakan khidmat tentera selama 21 bulan -- syarat yang diwajibkan buat semua rakyat Korea Selatan.
Son, bagaimanapun, boleh dikecualikan.
Terdapat dua langkah dengan meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik dan Sukan Asia. Kejayaan di pentas antarabangsa amat bernilai buat Korea dan ia boleh dicapai menerusi sukan.
Sukan Asia merupakan saingan skuad B-23 tahun dan Son terlibat sebagai tiga pemain lebih usia yang disertakan.
Sukan Asia tidak diiktiraf di bawah acara FIFA. Tottenham tidak diwajibkan untuk melepaskan Son beraksi di Jakarta tetapi melakukannya selepas mencapai persetujuan dengan Persatuan Bolasepak Korea Selatan dengan dia tidak akan beraksi bersama skuad kebangsaan untuk jadual perlawanan pada bulan November.
Pada 2014, ketika Korea meraih pingat emas Sukan Asia di Incheon, Bayer Leverkusen tidak membenarkan Son beraksi tetapi Spurs telah melakukan perjudian yang besar -- meneruskan saingan tanpa kelibatnya selama dua bulan daripada 21 bulan untuk menjalani khidmat tentera dua tahun dari sekarang.
Son tidak beraksi dalam perlawanan pembukaan Korea ketika kemenangan 6-0 ke atas Bahrain, hadir sebagai pemain gantian ketika tewas 2-1 kepada Malaysia, sebelum tampil dalam aksi penting berdepan Kyrgyzstan, dengan kemenangan menjadi keutamaan dan Son bertindak sebagai penjaring gol kemenangan dalam perlawanan tersebut.
Mengatasi Iran 2-0 sebelum beraksi hingga masa tambahan untuk menewaskan Uzbekistan 4-3 dalam suku akhir. Korea mungkin adalah pilihan kejohanan tetapi mereka mengharungi saingan yang berliku kali ini.
Situasi Son dalam memastikan dia dikecualikan daripada khidmat tentera Korea ini telah menimbulkan beberapa persoalan.
Dia memilih untuk beraksi dalam keadaan tertekan (hanya emas buat menyelamatkannya) kerana dia memiliki peluang untuk bersama skuad Olimpik 2012 ketika Korea memenangi pingat gangsa -- tetapi dia memilih untuk kekal bersama Hamburg.
Jika Son gagal membawa pulang pingat emas dan menjalani khidmat tentera, dia tidak akan memiliki pilihan untuk beraksi bersama kelab divisyen dua Korea, Sangju Sangmu, kelab yang disertai rata-rata pemain bola sepak untuk memenuhi khidmat tentera.
Terdapat peraturan bahawa semua pemain Sangju perlu beraksi dalam kelab Liga-K sekurang-kurangnya enam bulan sebelum menyertai Sangju. Son yang telah berhijrah ke Hamburg pada usia 16 tahun ternyata tidak memiliki peluang untuk kekal aktif dalam aktiviti bola sepak.
Terdapat juga contoh seperti sebelum ini, Park Chu-Young, yang beraksi untuk Monaco dan Arsenal, telah diberikan penangguhan 10 tahun bagi membenarkannya terus bermain sebelum menyertai khidmat tentera.
Jika Son gagal membantu Korea mempertahankan pingat emas Sukan Asia, dia masih lagi berpeluang dalam saingan Tokyo 2020 -- tetapi saingan di pentas temasya sukan tertinggi itu kini semakin sukar bagi merebut ibu emas.
Kesimpulannya, jalan terbaik Son untuk dikecualikan adalah dengan menyempurnakan tugas di Indonesia.
Selepas menewaskan Vietnam 3-1, mereka bakal berdepan Jepun yang mengatasi Emiriah Arab Bersatu. Jepun yang menurunkan skuad B-21 tahun sebagai persiapan menghadapi Tokyo 2020 bakal menyaksikan ujian yang rumit buat mereka, terutama sekali buat Son.
Di antara ibu emas dan khidmat tentera buat Son.
Nota kaki: Jika Malaysia merupakan negara yang memberikan keutamaan kepada ketenteraan dan mewajibkan khidmat tentera, sudah pasti atlet-atlet negara akan berusaha menampilkan aksi yang lebih menyerlah dalam temasya utama, bukan?