Dek kerana kecederaan ligamen lutut (ACL), bahagian pertahanan Juventus kini memerlukan pelan tindakan segera yang menuntut kebijaksanaan pengendalinya, Maurizio Sarri, dalam memastikan The Old Lady terus ampuh tanpa beberapa pemain dalam terus memimpin Serie A sehingga ke penghujung musim.
Juventus kembali memimpin carta liga menerusi kemenangan tipis 2-1 keatas AS Roma yang disifatkan Sarri sebagai tidak memuaskan walaupun pada hakikatnya ia sudah cukup untuk anak buahnya berhasil memintas pencabar, Inter Milan, dengan kini memegang kelebihan 2 mata.
Menerusi luahan sebaik selesai aksi ke-19 liga yang berlangsung di Stadio Olimpico, Sarri tidak berselindung anak buahnya tidak seharusnya membiarkan Roma mengawal permainan di separuh masa kedua.
Kegusaran Sarri pastinya bagaimana bahagian pertahanan menahan asakan lawan dimana berdepan Roma yang memanfaat kelemahan barisan kedua telah berjaya menghasilkan sepakan penalti.
Tuah pemain antarabangsa Turki, Merih Demiral, minggu ini tidak disangka terhenti dengan tragis, selepas pertahanan berusia 21 tahun ini terpaksa diusung keluar kerana kesilapan mendarat di `padang yang kemudiannya disahkan sebagai kecederaan ACL.
Pemain yang menawan hati penyokong The Old Lady dengan gol pembukaan seawal minit ketiga di Rome ini terpaksa menelan hakikat pedih, terlepas peluang beraksi pada baki saingan kempen kali ini.
Sarri sebenarnya sudah boleh tersenyum riang ketika ini dengan gandingan menarik Demiral bersama Leonardo Benucci di bahagian pertahanan, membantu gawang yang kerap dikawal Wojciech Szczęsny tetapi sebaliknya, rombakan yang perlu difikirkan jurulatih yang lahir di Naples, Itali ini.
Dalam rombakan yang dilakukan Sarri, nama Giorgio Cheillini nyata bukan pilihan kerana pertahanan senior versatile yang mampu beraksi dalam strategi 3 atau 4 pertahanan ini masih dibelenggu kecederaan ACL.
Pilihan Sarri tidak banyak tetapi kualiti para pemainnya masih ada seperti Matthijs de Ligt yang masuk menggantikan Demiral tetapi peluang membarisi kesebelasan utama The Old Lady perlu digunakan sebaik mungkin sebagaimana dia mencuri tumpuan ketika berusia 17 tahun untuk muncul pemain termuda beraksi dalam skuad senior Belanda sejak 1931.
Sarri juga dikhabarkan tidak akan melepaskan seorang lagi pertahanan, Daniele Rugani, yang memiliki ketinggian 1.9 meter dalam jendela perpindahan Januari bagi mengelak tekanan dalam merencana strategi.
Jadual perpindahan bulan ini juga akan berlangsung tanpa pertambahan pemain dengan pengumuman Pengarah Juventus, Fabio Paratici, baru-baru ini sekali gus menolak desas desus penghijrahan bintang Tottenham Hotspur, Christian Eriksen.
Namun, Sarri dijangka mampu menambah pilihan dalam tangannya sekiranya memanggil semula pertahanan muda yang dipinjamkan ke Genoa, Cristian Romero.
Berbekalkan pengalaman mengendalikan 20 pasukan sejak 1990, cabaran terbaru ini pastinya hanya sekecil kuman buat Sarri dan inilah yang menarik untuk dinantikan, sama ada Juventus mampu mengekalkan kejuaraan atau pun menjadi mangsa ‘potong tang corner’ oleh Inter Milan.