Terharu mendengar semangat berani penjaga gol hoki negara, S Kumar yang tetap mahu ke London, England walaupun negara itu masih panas dengan serangan pengganas.
"Saya sudah berusia 38 tahun, mungkin ini kejohananan kelayakan terakhir buat saya. Saya sanggup berdepan apa saja demi bantu Malaysia ke Piala Dunia.
Wartawan: "Walaupun nyawa terancam?"
Kumar: "Saya sanggup. Janji Malaysia dapat ke Piala Dunia."
Kumar, penjaga gol kelahiran Tampin, Negeri Sembilan bukan calang-calang di pentas antarabangsa. Sudah mengumpul 274 kap dan beraksi di Piala Dunia 2014, Sukan Asia, Komanwel dan Trofi Juara-Juara.
Pernah dinobatkan Pemain Terbaik Asia 2010 sekaligus membuktikan dia antara benteng terakhir paling kebal di dunia.
Saya paling kagum dengan sikapnya.
Walaupun pemain paling senior dalam The Malaysian Hockey Tigers, namun dia antara yang paling berdisiplin.
Tidak pernah datang lewat ke sesi latihan, komitmen tinggi dan beraksi umpama final dalam setiap perlawanan - itulah Kumar yang saya kenali.
Kesungguhannya ketika sesi latihan dapat perhatian jurulatih penjaga gol Belanda, Martijn Drijver.
"Malaysia beruntung memiliki penjaga gol seperti Kumar. Sudah tidak ada ilmu lagi yang boleh saya curahkan kerana dia sudah berada di tahap dunia.
"Saya harap dia dapat beraksi satu atau dua tahun lagi kerana penjaga gol jenis ini mempunyai jangka hayat lama di pentas antarabangsa," kata Drijver.
Benar, Kumar sudah membayangkan persaraan. Mungkin tahun ini, mungkin tahun depan.
Malah, rakan seangkatan seperti Lee Myung Hyo (Korea), Chettri Bharat (India) sudah lama bersara.
Ironinya, mereka lebih muda berbanding Kumar.
Saya harap pemain negara menggunakan kelebihan Kumar untuk Separuh Akhir Liga Dunia. Percayalah, Kumar mampu menghalang penyerang dan pukulan sudut penalti Argentina, England, Korea dan China.
Hanya mereka yang berani saja akan menghadapi tugas di London. Mereka berdarah satria. Ayuh Malaysia, kita ke Piala Dunia 2018!