Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia bermula 4 April ini adalah peluang terbaik buat ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen, menilai kemampuan barisan pemainnya terutama pemain muda.
Skuad negara terpaksa melupakan khidmat tiga tonggak kerana masalah kecederaan iaitu penyerang, Nik Aiman Nik Rozemi, pemain tengah, Muhammad Marhan Mohd Jalil, dan pertahanan, Izad Hakimi Jamaluddin.
Seorang lagi watak penting buat Malaysian Tigers iaitu pemain pertahanan, Faiz Helmi Jali, pula terpaksa dipinggirkan kerana mahu menumpukan perhatian terhadap pengajiannya di Universiti Malaya.
Ia membuatkan Stephen menyenaraikan pemain-pemain muda seperti Norsyafiq Sumantri yang berusia 21 tahun, Amirol Aideed Md Arshad(22) dan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (22).
Selain Aideed, Stephen membawa satu lagi nama baharu iaitu Muhamad Ramadan Rosli ke Gold Coast dan selebihnya mengekalkan skuad yang sama sewaktu menghadapi Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh bulan lalu.
Norsyafiq dilihat lulus ujian sewaktu percubaan pertamanya pada Piala Sultan Azlan Shah, manakala Syed Syafiq berjaya menampilkan aksi memberangsangkan sewaktu kejohanan di Ipoh tersebut.
Kini giliran Aideed untuk memperagakan kebolehan supaya membuktikan pemilihan Stephen menyenaraikan namanya ke Gold Coast adalah tepat.
Bukan sahaja buat mereka bertiga tetapi kepada semua 18 pemain yang terpilih tidak kira pemain muda atau pun senior.
Sukan Komanwel kali ini memberikan peluang buat Stephen untuk menilai 18 pemainnya yang terpilih ke Gold Coast selain nama-nama dalam skuad 24 pemain yang tidak tersenarai ke sana seperti Muhammad Haziq Samsul.
Dua penjaga gol, Muhammad Hafizuddin Othman dan Mohammad Hairi Abd Rahman perlu terus didedahkan dengan banyak perlawanan antarabangsa berkualiti tinggi memandangkan masa depan S. Kumar masih menjadi tanda tanya.
Sukan Komanwel tidak membawa sebarang makna kepada skuad negara kerana tidak menawarkan pungutan ranking dunia atau pun membolehkan Malaysia layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Namun, skuad negara pernah mempunyai kenangan manis di Sukan Komanwel iaitu menaiki podium dengan meraih pingat perak sewaktu sukan hoki dipertandingkan buat kali pertama pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.
Peluang bermain dengan pasukan ranking lebih tinggi seperti gergasi No. 1 dunia, Australia, India (No. 6 dunia), England (No. 7 dunia) dan New Zealand (No. 9 dunia) harus digunakan sepenuhnya oleh pemain negara.
Lebih-lebih lagi kepada pemain-pemain muda yang diberikan peluang oleh Stephen untuk menggalas cabaran di Gold Coast kerana selepas ini Sukan Asia 2018 dan Piala Dunia 2018 menanti mereka.
Skuad negara akan memulakan kempen di Gold Coast menentang England pada 6 April diikuti Wales (7 April) dan India (10 April) sebelum melengkapkan saingan Kumpulan A bertemu Pakistan (11 April).