Skip to main content

Rencana

Dah lama tak rasa macam ni

matt-ritchie.jpg
Kejayaan Newcastle United menumpaskan Manchester United ternyata membuat penulis berasa amat teruja. Almaklumlah, penulis memang seorang peminat tegar The Magpies sejak dari kecil lagi. Jadi kejayaan 1- 0 menumpaskan skuad bimbingan Jose Mourinho adalah hadiah terbaik buat penulis untuk minggu ini.

Masakan tidak, ini adalah kemenangan pertama Newcastle United di laman sendiri sejak Oktober 2017 dan lebih manis, berjaya membawa skuad Newcastle United sedikit bernafas selepas mendapat tiga mata yang membantu mereka keluar dari zon relegasi.

Matt Richie muncul wira The Magpies dengan gol tunggal pada minit ke 65 yang sekaligus menceriakan rata rata lima puluh dua ribu penyokong di Stadium St. James Park. Namun apa yang lebih menarik perhatian penulis adalah kelibat penjaga gawang baru, Martin Dubravka yang membuat penampilan sulung dari kelab Sparta Prague. Martin beraksi cemerlang menafikan cubaan berbahaya jentera serangan United yang dibarisi Romelu Lukaku, Jesse Lingard dan Alexis Sanchez.

Aksi keseluruhan pemain juga wajar dipuji terutama sekali Jonjo Shelvey, Mohammad Diame, Dwight Gayle serta Kennedy yang banyak memberikan masalah kepada pertahanan United. Diharapkan rentak kemenangan ini mampu diteruskan agar Newcastle United yang baru sahaja dinaiktaraf ke liga perdana inggeris terus kekal dan tidak kembali terjerumus ke liga bawahan.

Terkini Newcastle United berada di tangga ke 13 di liga perdana inggeris,anak-anak buah Rafael Benitez pastinya tidak mahu keciciran mata apabila bakal  berdepan cabaran Bournemouth sebelum bertemu pasukan Liverpool yang kini berada pada prestasi terbaik. Doakan ya.

Advertisement

Must Watch Video