"Dulu Argentina tidak sekuat sekarang".
Itu komen penolong jurulatih hoki negara, Lim Chiow Chuan ketika mengimbau memori kejayaan Malaysia menumbangkan Argentina, 3-2 pada Sukan Olimpik Barcelona 1992.
Sejak itu, Malaysia tidak pernah menumbangkan gergasi Amerika Selatan itu dan kejayaan itu sudah berusia 25 tahun!
"Saya masih ingat, cuaca cukup panas di Barcelona namun Malaysia memiliki pemain yang cergas dan stamina tinggi.
"Walaupun bergelut di peringkat kumpulan namun saya perlu akui tahap Olimpik begitu tinggi. Akhirnya, kami bertemu Argentina dalam perlawanan klasifikasi dan menang," katanya.
Argentina menamatkan cabaran Kumpulan A di tangga kelima sementara Malaysia, tercorot Kumpulan B.
Kedua-dua pasukan berentap dalam penentuan tempat ke-9/10.
Malaysia yang ketika itu dibarisi penyerang hebat seperti Datuk Mirnawan Nawawi, NorSaiful Zaini dan Mohamad Abd Hadi.
Namun, Chiow Chuan muncul wira apabila meledak dua gol sementara Dr Brian Jayhan Siva melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga.
Apa yang menarik, ketika itu Malaysia dibimbing Terry Walsh sementara Stephen van Huizen bertindak selaku penolongnya.
"Kami perlu guna peluang ini sebaik mungkin. Selepas ini mungkin kami perlu menunggu tiga atau empat tahun lagi untuk berdepan Argentina. Ia peluang keemasan untuk mengakhiri kemarau 25 tahun," kata kapten negara, Sukri Mutalib.
Benar, bukan mudah untuk menguji ranking pertama dunia seperti Argentina. Mereka sudah berada di kelas yang berbeza.
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 itu akan turun selaku pilihan, bukan saja untuk menumbangkan Malaysia tetapi menjuarai Separuh Akhir Liga Dunia di London, England.
Tetapi The Malaysian Hockey Tigers perlu ingat, kita pernah menumbangkan mereka. Rekod 25 tahun itu perlu ditamatkan.
Biar dunia tahu, Malaysia memiliki pasukan hoki yang mampu menggegarkan dunia!