Gambar swafoto yang saya ambil dengan penyerang Pahang, Mohamadou Sumareh baru-baru ini mendapat tumpuan meluas oleh rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak tanah air di laman media sosial.
Ini kerana gambar yang diambil di lobi utama Stadium Sultan Muhammad Ke-IV selepas perlawanan di antara Kelantan dan Pahang itu menunjukkan Sumareh memegang kad pengenalan atau MyKad berwarna biru yang merupakan miliknya.
Netizen memberi pelbagai reaksi dan rata-ratanya terkejut dengan status Sumareh sebagai warga negara Malaysia.
Apa tidaknya, seorang rakyat yang asalnya dari negara lain mempunyai kad pengenalan berwarna biru.
Sumareh juga memperolehi pasport Malaysia dan difahamkan beliau sudah menetap di Malaysia sejak berusia 13 tahun dan memulakan karier bola sepak profesional empat tahun kemudian. Justeru, dia menganggap Malaysia sebagai 'rumah pertamanya'.
Pendedahan itu sebagai bukti Sumareh sudah mendapat taraf kerakyatan negara ini selain menunjukkan kemahuannya begitu tinggi untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya dengan status pemain naturalisasi.
Sebelum itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, tampak memberi lampu hijau kepada Sumareh untuk mewakili skuad kebangsaan, namun menyerahkan kepada jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, untuk membuat keputusan.
Ia juga selepas Hamidin menegaskan badan induk itu sedia untuk membuka pintu kepada pemain naturalisasi beraksi bersama skuad negara asalkan pemain terbabit memenuhi syarat yang ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Namun, sehingga kini Cheng Hoe belum memberi reaksinya berhubung perkara berkenaan sama ada sedia memanggil Sumareh beraksi untuk negara atau tidak berminat menggunakan khidmat penyerang kelahiran Gambia itu.
Saya percaya, bekas jurulatih Kedah itu pasti mahu menggunakan khidmat Sumareh kerana beliau ketandusan penyerang berbisa khususnya bagi menghadapi kempen Piala Suzuki AFF, November ini.
Namun, daripada pengamatan saya, Cheng Hoe mungkin 'tersepit' untuk membuat keputusan memandangkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku penganjur Liga Malaysia hanya mengiktiraf Sumareh sebagai pemain import dan bukannya pemain tempatan walaupun sudah mendapat taraf kerakyatan di negara ini.
Situasi ini pastinya cukup sukar buat Cheng Hoe, tetapi apa yang saya boleh katakan pemain naturalisasi seperti Sumareh seharusnya diberikan peluang yang sewajarnya untuk menganggotai pasukan kebangsaan.