Setahun selepas membimbing Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akan mengetahui nasibnya hari ini, sama ada akan terus menduduki kerusi panas ketua jurulatih atau tidak.
Sejak menggantikan Nelo Vingada, Cheng Hoe memberi nafas baru kepada bola sepak Malaysia selepas lesu di arena antarabangsa.
Di bawah sentuhan Vingada, Malaysia terperosok di tangga ke-175 ranking bola sepak dunia selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan.
Dalam 17 perlawanan yang dikemudinya, jurulatih kelahiran Alor Setar, Kedah, itu pula mencatat lapan kemenangan, empat kekalahan dan lima keputusan seri.
Sepanjang proses itu, purata pintu gol Malaysia dibolosi adalah sekali dalam setiap perlawanan manakala 32 gol telah terhasil.
Malah, beliau hampir mengulangi kejayaan mentornya, Datuk K. Rajagobal, ketika bekerjasama menjulang Malaysia memenangi Piala AFF pada 2010 selain muncul finalis edisi 2018 sebelum tewas kepada Vietnam bulan lalu.
Skuad Malaysia memang berhak dipuji kerana pemain telah membuktikan bahawa Liga Malaysia masih boleh memberi saingan hebat.
Sungguhpun bahtera yang dikemudi Cheng Hoe masih ada lompongnya sebelum belayar, namun beliau berjaya membawa barisan anak buahnya ke medan terakhir.
Sememangnya air tangan Cheng Hoe menjadi selepas disandarkan tanggungjawab besar ini.
Antara aspek permainan yang cuba diterapkannya adalah memulakan permainan dari bawah yang menjadi elemen menarik dalam senario bola sepak masa kini.
Acap kali suara lantangnya ketika memberi arahan kepada anak buahnya dapat kedengaran, baik di stadium mahupun di kaca televisyen -- pada masa itu stadium kosong -- dengan menyeru pemain supaya membuat hantaran pendek selain pantas mencipta ruang kepada rakan-rakan.
Ia menggambarkan falsafah yang ingin diterapkannya tetapi sudah tentu ia tidak akan mampu dijayakan dalam sekelip mata.
Selaku jurulatih, saya setuju khidmatnya bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diteruskan.
Cheng Hoe bukan sahaja sudah masak dengan asam garam bola sepak tempatan, malah memiliki kemampuan menyesuaikan diri dengan taktikal aksi antarabangsa untuk mengharungi tugasan lebih mencabar pada pertengahan tahun ini membabitkan kelayakan Piala Asia 2023 dan Piala Dunia 2022.
Semoga beliau diberi kepercayaan untuk terus mencorak belang Harimau Malaya.