Sudah lebih 20 tahun kita bercerita tentang profesionalisme dalam bola sepak Malaysia. Kadang-kala, saya rasa optimis, dan ada juga masa saya rasa agak kelakar.
Sebab saya gambarkan profesionalisme bola sepak Malaysia ini seolah gali lubang, tutup lubang ; satu perkara dah pro, satu lagi masih jauh perjalanan hendak ke situ. Bila pemain dah pro, pengurusan pula yang banyak kelemahan. Bila pengurusan dan stabil, jurulatih dan pegawai pula yang di takuk lama.
Advertisement
Macam perumpamaan orang utara; Pi Mai Pi Mai, Tang Tu Jugak!
Bolehkah pasukan akan bertambah maju selepas penswastaan kelab?@hafizal_hamad pic.twitter.com/JOThh1JDs5
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 5, 2020
Sepanjang saya bergelar pemain profesional tempatan, saya berkesempatan untuk berurusan dengan ramai jurulatih dan pegawai. Dan mereka ini terdiri dari pelbagai watak. Ada yang sangat efisien, jujur dan komited dalam menjalankan tugas. Namun, tidak kurang juga yang hanya pada nama, tetapi cara bekerja - buat saya mengucap panjang.
Tetapi ada satu jenis (saya tidak berapa suka guna perkataan ini, tetapi saya tak pasti jika ada lagi istilah yang lebih sesuai) yang paling menaikkan darah saya, adalah yang suka mengambil kesempatan terhadap pemain.
Daripada zaman saya mula beraksi sebagai pemain profesional, terdapat segelintir jurulatih yang gemar mengambil cut daripada gaji pemain- biasa. Contohnya, jika seseorang pemain tu sudah ada perjanjian untuk gaji dengan pengurusan pasukan, katakan RM10,000 tiap-tiap bulan, 10 atau 20 peratus dari gaji itu harus diberikan kepada jurulatih berkenaan.
Satu player RM1000. 10 player? Bak kata anak muda zaman sekarang- MASYUKK!!
Mungkin jika saya dedahkan nama beberapa jurulatih dalam warkah kali ini, pembaca akan terkejut kerana sudah pasti ramai tidak menjangka yang mereka ini terdiri dari nama-nama besar dalam bola sepak Malaysia.
Kadang-kala perkara ini membabitkan pemain import dan ada kalanya, membabitkan pemain tempatan. Pernah satu insiden di mana seorang jurulatih yang mempunyai status cukup besar, membawa masuk seorang pemain pilihannya dalam pasukan beliau, dan mendapat sedikit perolehan dari sign on fee yang berjumlah RM100,000. Pemain berstatus pemain kebangsaan itu, kemudiannya didapati kerap mengalami kecederaan dan memberikan impak kepada sumbangan beliau terhadap pasukan.
Inilah yang dinamakan, dalam senario kehidupan zaman moden ini, KENA GAME!
Pasukan kedah dah boleh tarik nafas lega selepas Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sudah mula melangsaikan tunggakan gaji mereka. @ASTROARENA pic.twitter.com/77AsDehMxU
— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) September 13, 2020
Baru-baru ini, ada seorang pemain import dari sebuah pasukan negeri yang menyuarakan minat menyertai untuk pasukan saya dalam menghadapi saingan musim depan dan dengan rela hati, sanggup membayar jurulatih pasukan.
"Bro, can you ask your coach, if I can join your team? I'm willing to give a cut from my sign on fee to him, no problem," kata pemain import itu kepada saya. Macam terdesak pun ada, tatkala ada desas-desus kontraknya tidak akan dilanjutkan.
Inilah yang berlaku dalam kancah bola sepak Malaysia dan walaupun pada musim depan hampir kesemua pasukan lulus proses menjadi FC sepenuhnya, amalan segelintir jurulatih dan pegawai ini masih lagi berleluasa. Jadi kalau ada kes jurulatih tukar dua atau tiga pemain import tanpa alasan munasabah di jendela kedua perpindahan pemain, anda semua boleh faham, apa sebabnya.
Baru-baru ini, saya juga mendapat perkhabaran mengenai kelibat seorang pegawai pasukan yang melakukan perkara sama dengan beberapa orang pemain muda sebuah pasukan feeder dalam Liga Perdana. Saya difahamkan pemain-pemain terbabit sudah membuat laporan ke Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM). Malangnya, tidak banyak yang boleh dilakukan PFAM kerana tiada kontrak bertulis atau bukti yang mengatakan mereka patut mendapat gaji lebih besar daripada yang dijanjikan pasukan mereka.
Gaji coach is around RM40,000-RM 60,000 sebulan, more than some of these players earn in a year. How could you do this to them?
After Mat Yo posted his heartfelt thoughts on ??-an clubs and fans on Instagram, I decided to have a chat with him, and he was certainly honest about his time in Thailand. To know more of what he said, click this link -https://t.co/10lLcBaWet. #MalaysiansAbroad #HarimauMalaya pic.twitter.com/foVjSbjNpR
— T. Avineshwaran (@avineshW90) October 14, 2020
Saya tertarik dengan satu posting yang dibuat baru-baru ini oleh penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha di laman sosial akaun Instagram miliknya. Mat Yo mengatakan, setiap pasukan di Liga Malaysia perlu menjadi profesional sepenuhnya seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk menjadikan saingan liga lebih mencabar.
Saya bukanlah hendak sewenang-wenangnya memuji pasukan dari selatan tanahair itu. Tetapi, amat sukar untuk menafikan logik dan kesahihan kenyataan Mat Yo. Beliau sudah tentu lebih tahu kerana pernah bersama pasukan JDT dan kini beraksi dengan pasukan BG Pathum United dalam saingan Thai League 1. Sudah tentu beliau menilai apa erti profesionalisme menerusi pengalamannya dalam dua pasukan itu.
Beberapa tahun lalu, hanya kelab seperti Muangthong United dan Buriram United yang mendominasi saingan liga di sana tetapi selepas beberapa tahun, kelab lain mula melakukan perubahan daripada segi pengurusan dan juga prasarana di kelab mereka. Kelab-kelab Thailand dan mungkin beberapa kelab di Indonesia dan Vietnam mempunyai prasarana yang lengkap di pusat latihan mereka. Sekaligus para pemain yakin dan selesa untuk berlatih. Jadi, seperti sudah jadi kebiasaan, walaupun latihan bermula jam 5 petang, kebanyakan dari mereka sudah tiba seawal jam 3 petang. Mereka biasanya akan melakukan latihan rehabilitasi, urutan sukan dan juga bersiap sedia di ruang rehat pemain sebelum turun menjalani latihan. Berbanding di Malaysia, mungkin selain JDT, hanya Selangor yang mempunyai pusat latihan yang menawarkan kemudahan-kemudahan seperti itu.
Kita di sini, padang latihan pun masih lagi jadi isu. Apatah lagi fasiliti-fasiliti lain. Tak percaya Mat Yo, tanya Sumareh di Police Tero. Pun sama.
Rahsia aksi cemerlang skuad bimbingan Frank Bernhardt?
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 27, 2020
Mereka satu-satunya pasukan yang tidak membuat pemotongan gaji ketika Liga Malaysia terhenti kira-kira empat bulan ekoran Covid-19 sebelum ini.
Saya berharap sangat bila semua sudah jadi FC musim depan, setiap pasukan gandakan usaha untuk mempunyai pusat latihan yang lebih sempurna dan seiring dengan status sebagai sebuah kelab profesional, bukannya pasukan amatur. Sebelum ini saya ada mendengar rintahan beberapa pengurusan pasukan yang mahu pemain bersikap profesional, tetapi nak profesional pengurusan pasukan pun kenalah pastikan kelab bola sepak itu, profesional daripada segala aspek. Ini termasuklah menolak golongan jurulatih dan pegawai yang gemar amik kesempatan terhadap pemain, seperti yang saya katakan tadi.
Harus diakui, pemain-pemain hari ini, saya lihat lebih profesional berbanding ketika zaman saya mula bermain dahulu. Satu contoh terbaik ialah Kedah, yang sebelum ini mengalami masalah tunggakan gaji. Tetapi pemain-pemain tetap profesional turun berlatih dan berjuang demi pasukan di atas padang. Hasil kesabaran dan kecekalan pemain, Kedah berjaya menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua sekaligus layak ke pentas saingan AFC musim depan.
Beberapa minggu lalu, saya sempat menyaksikan temubual Daniel Amir Norhisham atau Boy bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi program Nadi Weekend, yang seterusnya, mencuri tumpuan para netizen. Apa yang diperkatakan oleh beliau ada betulnya. Ramai pemain tempatan hari ini bercita-cita untuk bermain bersama JDT dan tidak ada salahnya bagi saya kerana kelab itu mempunyai banyak daya tarikannya - peluang main di Liga Juara-Juara AFC, prasarana yang lengkap dan juga sebuah stadium bertaraf antarabangsa.
Boy, ko kat sana nanti, kena kuat mcm Safawi. Competition sengit. Boy kena jadi Roy dalam Gila-Gila Remaja - Hati kau keras Roy!
Reaksi Danial Amier kepada pengesahan @HRHJohorII yang beliau akan beraksi untuk @OfficialJohor musim depan.#NadiArena #JDT @haliiizahamzah pic.twitter.com/i1V3HVi29M
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 23, 2020
Itulah sebabnya saya katakan, pemain tempatan sekarang makin meningkat prestasinya. Lihat sahaja Shahrel Fikri. Tahniah buat beliau kerana muncul sebagai penjaring kedua terbanyak Liga Super musim ini dengan 10 gol. Walaupun kurang bernasib baik untuk memintas penyerang import Selangor, Ifedayo Olesegun dengan 12 gol, saya lihat Eki dah banyak meningkat musim ini dan saya harap dia kekal konsisten sehingga skuad negara kembali berhimpun untuk saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia tahun depan.
Memang bila nak bersaing untuk gelaran penjaring terbanyak liga, tekanan ada dan sebagai pemain kita perlu bijak mengawal tekanan itu bagi memastikan pasukan tidak terjejas. Saya percaya itu yang dilalui Eki dalam aksi Liga Super berdepan Kedah dan saya berharap dia akan lebih matang menangani situasi seperti ini pada masa depan.
"Musim ni, kira baru first time aku betul-betul first eleven bro. Coach pula bagi posisi no:10 kat aku, kira sesuai sangat dan sebab tu aku try perform sebaik boleh," itu antara kata Eki kepada saya baru-baru ini.
✅ Kaki kanan
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 17, 2020
✅ Kaki kiri
✅ Tandukan
✅ Dari jarak dekat
✅ Dari jarak jauh
✅ Sepakan percuma
Sempena hari lahir @shahrelfikri hari ini, kami bawakan kesemua ? jaringannya dalam CIMB Liga Super musim ini! ?
Happy birthday Eky! ?#CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/DzwoV6xxI1
Bagi saya, Eki kini perlu juga terus mencabar dirinya untuk berada di tahap yang lebih tinggi dan mungkin dia wajar menimbang kemungkinan berhijrah keluar dari Perak musim depan. Malah, lebih baik jika berhijrah keluar dari Liga M. Bukannya dia tak pernah melalui perjalanan tersebut. Eki pernah ke Thai League 1 bersama Nakhon- Ratchasima pada 2018, jadi tidak salah dia kembali ke Thailand memandangkan dia kini akan tampil sebegai penyerang yang lebih berpengalaman.
Jadi, memang jelas, pemain-pemain negara, kalau kita sembang tentang profesionalisme, nampak usaha masing-masing untuk sampai ke tahap itu. Persoalannya sekarang, takkan pemain sahaja? Yang lain, tak nak turut serta jadi profesional ke?