Mengharungi latihan selama sembilan hari di Akademi Barcelona memberikan satu cabaran dan pengalaman baharu kepada peserta-peserta Astro Kem Bola 2018.
Bukan sahaja dididik di dalam latihan tetapi peserta-peserta Astro Kem Bola juga dididik untuk mentadbir diri, mentadbir urus masa, sifat bertanggugjawab kepada rakan-rakan dan kemahiran berkomunikasi.
Inilah sebahagian ilmu yang diterima dan dibawa pulang oleh peserta-peserta Astro Kem Bola 2018.
Mereka telah berlatih semenjak hari pertama melapor diri di Matrix Global School sehingga ke Barcelona untuk mempersiapkan diri sebagai seorang yang berintegriti dan professional, suatu hari nanti.
Ketika di Barcelona, peserta-peserta Astro Kem Bola bukan sahaja didedahkan dengan budaya pemikiran orang-orang tempatan, malah didedahkan dengan budaya kerja dalam reka cipta senibina ketika melakukan lawatan ke kawasan-kawasan tarikan pelancong di Bandaraya Barcelona.
Selain itu, mereka juga dapat melihat dan mendengar sendiri bagaimana jurulatih-jurulatih Akademi Barcelona menggunakan kaedah psikologi dalam mengajar mereka seperti menggalakan peserta-peserta bertanya dan mengunakan minda mereka supaya berani melontarkan pandangan dan solusi dalam program latihan dipadang dan di dalam kelas analisa.
Dengan kaedah itu, ia memberi keyakinan kepada peserta-peserta membina karektor peribadi.
Itulah ilmu dan pengalaman yang diberikan oleh Astro kepada peserta-peserta Astro Kem Bola 2018 apabila mereka dibawa berlatih ke luar negara.
Semoga pengurusan Astro dapat meneruskan dan mengekalkan program itu pada masa hadapan, kerana ia membawa faedah yang berguna kepada anak-anak Malaysia selain Astro dapat terus membimbing masyarakat Malaysia melalui program khidmat masyarakat.
Terima kasih juga penulis ucapkan kepada pihak pengurusan Astro Kasih yang memberi peluang kepada penulis untuk bersama-sama mengikuti program Astro Kem Bola 2018 dan dapat melihat sendiri kebaikan yang ada dalam program itu.