Jauh renungan Dikwan di trek Majlis Sukan Negara (MSN) pada hari latihan terakhir sebelum atlet para negara berlepas ke Jakarta, Indonesia bagi saingan Sukan Para Asia 2018.
Mungkin banyak yang bermain di fikiran atlet istimewa ini merujuk kepada nasibnya di Jakarta nanti.
Petualang sebenar buat Dikwan bukan Yang Yifei, bukan juga tekanan di Gelora Bung Karno tapi Cerebral Palsy!
Itu pertarungan sebenar yang diharungi hero para negara Ridzuan Puzi atau dikenali sebagai Dikwan sebaik berada di garisan permulaan 100 meter T36, Selasa lalu.
Dengan usia mencecah 31 tahun, kudrat Dikwan tidak mampu kekal konsisten dengan masalah Cerebral Palsy yang dialami atlit istimewa ini.
Itu adalah fakta.
Makin meningkat usia Dikwan, tendonnya menjadi semakin pendek dan keras sekaligus membantutkan kepantasan sebenar Dikwan.
Tetapi....
Apa yang berlaku dalam saingan Sukan Para Asia Jakarta, Indonesia benar-benar membuktikan elemen luar biasa milik atlet kelahiran Perlis ini.
Bukan sekadar mengatasi pencapaian empat tahun lalu di Incheon bagi acara 100 meter T36, dia mengatasi rekod dunia para menerusi catatan 11.87 saat sekali gus memadamkan pencapiaian atlet Russia yang melakar 11.90 saat pada 2013.
Masalah tendon Dikwan menjadi kebimbangan utama ketua jurulatih olahraga para negara, R. Jegananthan, sebelum bermula saingan Sukan Para Asia 2018.
'"Dikwan membuat latihan melebihi apa yang dia lakukan sebelum ini, dia tahu masalah tendon adalah hal utama yang perlu diatasinya," ujar Jeganathan.
Kemunculan atlet muda dari China, Yang Yifei, yang mengatasi Dikwan dalam acara yang sama di Kejohanan Dunia IPC, London tahun lalu, kedudukan Dikwan sebenarnya semakin tergugat.
Dikwan juga pikul tanggungjawab besar realisasikan tiga emas yang pernah disumbang Allahyarham Mohamad Azlan Mat Lazim pada 2014 tetapi ia sudah terbukti menerusi tiga emas bagi acara 100, 200 meter T36 dan lompat jauh kategori T36.