Berdasarkan perbincangan bersama Ketua Pegawai Operasi(CEO) FMLLP, Kevin Ramalingam, hanya JDT sahaja yang layak memohon pelesenan kelab berdasarkan kriteria minimum digariskan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Mungkin tidak adil untuk terus mengkritik pasukan lain kenapa belum layak untuk memohon namun cuma ada satu persoalan, adakah mereka sedang bekerja keras untuk ke arah itu?
Tidak banyak didengari daripada pasukan lain kecuali Pahang yang akan menubuhkan satu syarikat Sendirian Berhad untuk uruskan pasukan musim depan dan Selangor yang akan naik taraf kemudahan latihan.
Sebut sahaja soal pelesenan kelab, majoriti pasukan belum cukup serius dalam meningkatkan taraf kemudahan latihan dan pengurusan kewangan yang lebih profesional.
Mentaliti takuk lama di kebanyakan persatuan bola sepak yang sekadar berfikir...`Cukup dapat bayar gaji, ok lah'..perlu dikikis sebaliknya setiap persatuan perlu ada visi menaikkan imej pasukan daripada semua segi dan bijak mencari kantung yang dianggap nyawa pasukan.
Beberapa negeri mungkin bernasib baik kerana mereka dapat sokongan kuat daripada kerajaan negeri yang sediakan dana tanpa harap pulangan setimpal namun bagaimana nasib pasukan yang terpaksa berdiri atas kaki sendiri?
Di sini terletaknya kepentingan pengurusan kewangan bersifat jangka pendek dan panjang dengan perlu ada satu mekanisme tersendiri mengenai pembahagian perbelanjaan yang efisien...bukannya tahun ini dapat RM10 juta, RM10 juta dihabiskan semuanya dalam tahun sama.
Bila penswastaan Liga Malaysia dilaksana sepenuhnya, di sini kita akan melihat masalah ketirisan kewangan di kebanyakan persatuan dapat dibendung kerana bakal diaudit dan bukannya diurus seperti akaun `buku 555'.
Mengenai kemudahan di tempat latihan, memang tidak dinafikan hanya JDT boleh dianggap berkelas antarabangsa dan kebanyakan pasukan lain masih ketinggalan jauh malah tidak keterlaluan untuk mengatakan begitu menyedihkan.
Satu persoalan yang menghairankan, ada segelintir pasukan ini mampu tawarkan puluhan ribuan gaji kepada pemain tetapi enggan buat pelaburan besar pada soal kemudahan latihan yang lengkap.
Kevin ada menyuarakan hasrat untuk melihat semua pasukan di Liga Malaysia mampu mendapatkan pelesenan kelab menjelang 2018...persoalannya mudah, mampukah?
Mudah untuk mengubah daripada sebuah rumah setinggan menjadi banglo namun mentaliti dan sikap manusia, sememangnya satu perkara paling sukar dibentuk.