Skip to main content

Rencana

Bukan Hazard, Ozil atau Kane, tapi Mahrez!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mahrez-wants-home-fans-to-inspire-reds-revenge.jpg

Panel-panel Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional ( PFA ) Inggeris sebulat suara memilih tonggak Leicester City, Riyad Mahrez dan bukannya nama-nama besar lain seperti Eden Hazard, Mesut Ozil mahupun Harry Kane.

Mahrez yang berusia 25 tahun mencipta sejarah apabila muncul pemain pertama dari kelab Leicester City yang merangkul anugerah itu, selain warganegara Algeria pertama yang muncul pemain terbaik di liga perdana inggeris.

Mahrez yang merupakan tonggak utama The Foxes yang kini berada di puncak liga menyertai liag perdana inggeris pada 2014 dari kelab divisyen dua Perancis,  Le Havre. Persembahannya meningkat pada setiap perlawanan dengan musin ini beliau merekodkan 17 gol sebagai seorang pemain tengah, selain melakukan 11 bantuan gol dalam 34 perlawanan.

 Anugerah ini tahun lalu dimenangi pemain Chelsea, Eden Hazard dan tiada siapa menyangka bahawa ia akan menjadi milik pemain yang tidak dikenali seperti Mahrez. Beliau menjadi bukti bahawa biarpun bertubuh kecil dan tidak sepantas Christiano Ronaldo, namun dengan usaha dan tekad yang kuat, segalanya mampu dicapai.

Selain Mahrez, pemain tengah Spurs, Dele Alli, 20, dipilih untuk memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik berdasarkan prestasi semasa beliau bersama Spurs memburu kejuaraan liga pertama sejak tahun 1961.
 
Sama ada Leicester City mampu muncul juara liga perdana inggeris atau tidak, masa depan pemain antarabangsa Algeria ini dilihat cerah kerana jika beliau tidak kekal bersama Leicester, pasukan pasukan gergasi seperti Barcelona dan Manchester United  berada dalam senarai antara pasukan yang cuba mendapatkan khidmat beliau untuk musim akan datang.

 

Advertisement

Must Watch Video