Jaringan Safawi Rasid pada minit ke-60 melalui sepakan percuma di luar kotak penalti Vietnam menyelamatkan Malaysia daripada mengalami kekalahan dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018.
Ini tugas yang berat menanti skuad Harimau Malaya apabila bertandang di Hanoi, Vietnam, nanti.
Walaupun ketinggalan dengan dua gol awal Vietnam, ia tidak mematahkan semangat juang pemain-pemain Harimau Malaya. Apatah lagi, mereka terus diberi sokongan padu daripada penyokong yang memenuhi setiap ruang Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Sokongan daripada penyokong itu banyak membantu meningkatkan moral dan semangat pemain-pemain Harimau Malaya untuk terus berjuang.
Ia sesuatu yang positif daripada penyokong-penyokong Harimau Malaya yang sentiasa berada di belakang Harimau Malaya.
Tetapi, dalam kita ghairah untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita, nilai kesedaran keselamatan dan integriti diri juga perlu dijaga dan diamalkan.
Ini yang dapat penulis lihat sendiri di Bukit Jalil walaupun kapasiti stadium hanya boleh memuatkan lebih kurang 80,000 penonton, tetapi apa yang penulis dapat lihat, ia melebihi kapasiti sebenar dan ia sudah pasti membahayakan keselamatan penyokong sendiri.
Bagaimana ini boleh berlaku? Sedangkan jualan tiket yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengikut kapasiti stadium.
Apabila diamati, berlakunya culas dan tidak jujur segelintir pengawal tiket pintu dan segelintir penyokong sendiri.
Budaya jolok duit tepi pagar masih lagi menular dalam kalangan masyarakat bola sepak Malaysia.
Budaya ini wajib ditolak, FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) perlu menekankan aspek keselamatan dan nilai integeriti dalam kalangan pengawal yang dipilih untuk menjaga pintu-pintu masuk stadium kerana bola sepak itu mendidik kita menjadi seorang berdisiplin dan berintegriti.
Kempen kesedaran ini perlu dilakukan dan diteruskan kerana ia akan mencerminkan budaya masyarakat bola sepak Malaysia pada masa hadapan dan Malaysia amnya.
Jagalah nilai-nilai keamatan dan mulia ini kerana Malaysia terkenal dengan sopan dan santunnya.