Irfan Shamsuddin, atlet lempar cakera, dah naik darah, meluap-luap.
Status terkini di akaun Instagram peribadinya sarat dengan mesej pedih tetapi jelas -- dia dah mula bosan.
Mesej Irfan ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebagai mempersoalkan beberapa perkara, antaranya melibatkan program latihannya.
"May I ask you a question YB. You suruh athletes buat result, but you terminate my coach contract, and now that I've a new coach (so far saya pakai duit saya sendiri) and right now you tell me, saya takda coach, and then my plan to train overseas tak diluluskan. Explain to me?" bentak Irfan dalam sebahagian luahannya yang saya tidak sunting.
Irfan tidak pernah bertindak sebegini, belum pernah.
Sebab itu dia berjaya memecah rekod kebangsaan sebanyak 13 kali, rangkul emas Sukan SEA tiga kali, menang pinat perak Kejohanan Asia.
Pasti ada sebab kenapa anak jati Negeri Sembilan ini menyembur api yang semakin marak.
Ia mula merebak! Atlet memanah kebangsaan, Mohd Juwaidi Marzuki, pula mengumumkan 'meletak jawatan' sebagai atlet kebangsaan. Tidak mahu lagi wakil negara. Dia antara yang berkongsi keputusannya di ruang komen status Irfan.
Malah, Juwaidi sendiri berkongsi gambar surat peletakan jawatannya sebagai atlet kebangsaan dan juga atlet di bawah persatuan. Dan ia mencetus huru-hara.
Mungkinkah ada ramai lagi yang mengikut di belakang ? Terutama atlet kategori A ataupun elit? Ini bala!
Tidak dinafikan cerita sukan negara semakin tidak tentu arah. Bermula dengan isu kelewatan pengganti Program Podium yang ditamatkan sehinggalah cerita jurulatih 'lari'.
Majlis Sukan Negara (MSN) tidak mampu untuk beri arahan "Sila Duduk, dan Jangan Lari" sebab tiada jaminan atau bajet tidak mengizinkan.
Ada yang mula rindukan Abah -- KJ!
Buat bro Syed Saddiq, tembok nak runtuh dah, cepat sikit!