Skip to main content

Rencana

Brazil bangkit

tite.jpg
Dengan reputasi juara Piala Dunia sebanyak lima kali, Brazil merupakan pasukan pilihan untuk mara ke peringkat seterusnya dalam Kumpulan E. 

Nama-nama besar dan pengalaman yang skuad ini miliki pastinya mengundang satu harapan kepada penyokong-penyokongnya untuk menjulang Piala Dunia edisi kali ini apabila Brazil gagal menjulang Piala Dunia 2014 di laman sendiri. Kali terakhir Brazil menjulang Piala Dunia pada 2004 ketika Korea Selatan dan Jepun menjadi penganjur.

Diketuai Cafu sebagai ketua pasukan masa itu telah membawa kejayaan yang penuh gilang gemilang kepada Brazil. Bakat-bakat luar biasa pemain-pemain Brazil ketika itu memang dinanti-nantikan aksi mereka seperti Roberto Carlos, Ronaldo, Ronaldinho, Rivaldo dan ramai lagi. Begitu juga dengan skuad Brazil Piala Dunia Russia kali ini dengan adanya Neymar, Conthinho, Jesus serta beberapa nama besar lagi pasti akan mengharapkan dapat mengembalikan kegemilangan Brazil.

Namun, itu bukan satu tugas yang mudah kepada anak-anak buah Tite dalam Piala Dunia kali ini. 

Bersama pasukan Costa Rica, Switzerland dan Serbia dalam Kumpulan E, harapan tinggi daripada peminat-peminat Brazil pasti akan mengundang tekanan kepada pemain-pemain sebagaimana yang kita dapat lihat ketika Brazil menentang Switzerland dan Costa Rica. 

Neymar tidak dapat mengawal emosinya apabila sentiasa dibayangi dan dikasari oleh pihak lawan apabila beliau memburu gol.

Tetapi, setelah mencipta kemenangan ke atas Costa Rica, sudah pastinya akan memberi keyakinan kepada semua pemain-pemain Brazil untuk menghadapi perlawanan seterusnya. 

Dari segi persembahan tidak boleh dipertikaikan lagi kerana mereka bergerak secara berperingkat-peringkat dengan hantaran pendek dan pergerakan pantas sebaik pemain mereka ketika berada dalam kawasan pertahanan lawan. 

Ini senjata utama kepada Brazil selain penyudah yang tajam daripada Neymar, Coutinho dan Jesus. Dengan itu, Brazil sudah bersedia untuk bangkit dan mengganas.

Advertisement

Must Watch Video