Sukan Asia 2018 berbaki kurang seminggu lagi untuk ditamatkan dengan Malaysia tidak pasti sama ada mampu capai sasaran tujuh pingat emas ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan.
Persoalan ketika ini dari mana emas negara akan muncul selepas trio tenpin boling wanita menyumbang emas sulung di Palembang diikuti ratu skuasy, Datuk Nicol Ann David dalam perseorangan wanita?
Saya buat pengiraan dan hasilnya 50-50.
Jangkaan saya silat menerusi empat finalis acara tanding, mungkin dua emas mampu diraih (Al Juffery Jamari atau Muhammad Faizul M Nasir), skuasy berpasukan wanita, basikal trek (keirin Azizulhasni Awang) dan regu lelaki takraw.
Jika ramalan ini tepat, maka Malaysia akan raih tujuh emas tetapi jika salah satu daripada acara ini gagal, maka sasaran akan terkubur.
Bagi saya, silat akan jadi penentu.
Empat finalis, jika dapat tiga emas maka tugas akan lebih mudah. Tetapi perlu diingatkan, pesilat negara akan berdepan tuan rumah di final dengan tugas yang pasti sukar kerana ini sukan subjektif.
Tetapi jika berjaya, silat akan diangkat sebagai penyelamat kontinjen negara dan pastinya menjanjikan lebih banyak kemudahan pada masa depan.
Saya melihat beberapa sukan juga mampu cipta kejutan seperti terjun dan pelayaran.
Pandelela Rinong dan rakan-rakan berdepan tugas berat di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno kerana sejak acara itu dipertandingkan pada temasya 1951 di New Delhi, India - Malaysia tidak pernah raih emas.
Empat tahun lalu, skuad terjun menyumbang dua perak tiga gangsa dengan perak menerusi 3m papan anjal terjun seirama lelaki (Ahmad Amsyar Azman/ Ooi Tze Liang) serta 3m papan anjal terjun seirama wanita (Cheong Jun Hoong/ Wendy Ng Yan Yee). Realitinya, Jun Hoong selaku juara dunia 10m individu platform tidak beraksi kali ini ekoran kecederaan.
Pelayaran, Khairulnizam Mohd Afendi masih dalam perjuangan ketika saingan sudah memasuki pertengahan saingan.
Peluang terbaik menerusi Khairulnizam apabila menghuni ranking kedua laser standard lelaki dibelakang juara bertahan dari Korea Selatan.
Secara keseluruhan, kontinjen Malaysia masih berpeluang capai sasaran tujuh emas jika silat melebihi dua emas, basikal trek dan regu lelaki tepati ramalan sementara terjun dan pelayaran cipta kejutan.
Saya fikir kita masih di landasan tepat. Ayuh atlit Malaysia, buktikan tujuh emas bukan mustahil walaupun ia tidak akan bantu Malaysia menamatkan cabaran dalam kelompok 10 negara terbaik.
Selamat berjaya!