Skip to main content

Advertisement

Rencana

Bola sepak memang perlukan peraturan baharu

asiana-64468.jpg
Jaringan gol yang terkena tangan pemain dalam keadaan sengaja atau tidak akan tetap dikira sebagai tidak sah tanpa kompromi lagi selepas ini.

Ini termasuk sekiranya situasi itu babitkan pemain yang tidak melakukan bantuan jaringan kepada rakannya.

Peraturan lebih jelas tentang situasi yang mampu menentukan kemenangan sesebuah pasukan ini adalah antara 5 peraturan baharu yang bakal dilaksanakan dalam Liga Malaysia, Liga M tidak lama lagi.

Buat masa ini, Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM masih menanti surat rasmi daripada Konfederasi Bolasepak Asia AFC berhubung peraturan yang wajib diguna pakai oleh badan induk bola sepak yang bernaung dibawah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa, FIFA.

Apa yang menarik perhatian saya, kesemua peraturan baharu yang dijangka dipraktikkan di Malaysia secara berperingkat ini mampu mengurangkan kontroversi dalam sesebuah perlawanan dan pada masa sama, mengembalikan mutu pengadilan yang seringkali dipertikai pasukan dan penyokong bola sepak apabila berlaku insiden yang tidak jelas.

Maruah para pengadil yang kerap diperkotak-katikan juga dilihat akan terbela apabila peraturan ini tidak perlu terburu-buru dilaksanakan secara serentak - sebaliknya memberikan ruang kepada penjaga keadilan di atas padang ini untuk membiasakan diri terlebih dahulu.

Pendekatan berhemah ini umpama menarik rambut dari tepung apabila secara tidak langsung menaiktaraf imej dan mendisplinkan jurulatih dan para pemain (termasuk yang mengisi bangku simpanan). 

Imej para jurulatih yang kini tampil lebih kemas di tepi padang memberi arahan akan tergambar lebih 'gentleman' dengan mengguna pakai peraturan baharu ini nanti -  begitu juga para pemain apabila mereka turut dilarang untuk berkelakuan biadap atau mengikut emosi kerana berdepan tindakan dilayangkan kad kuning atau kad merah sama seperti apa yang menanti pesalah laku diatas padang.

Dengan lebih banyak perkara positif dari peraturan terbaharu ini, saya sememangnya tidak sabar menanti ia dilaksanakan di Liga M - lebih cepat lebih bagus. Sukan bola sepak yang diangkat sukan no.1 di Malaysia ini sepatutnya sudah lama menjadi medium pembelajaran terbaik untuk rakyat negara ini memiliki mentaliti berkelas dunia.

Advertisement

Must Watch Video