Ketika umat Islam sedang sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut lebaran, ada lagi insan bola sepak yang dalam kesedihan setelah apa yang dijanjikan tidak ditunaikan oleh majikan.
Mereka seperti pengemis yang menuntut gaji mereka, namun pelbagai alasan diberikan dan janji-janji palsu oleh majikan.
Kenapa perkara ini masih berlaku?
Bukankah liga kita sudah berada dalam era profesional dan sepatutnya permasalahan ini tidak berlaku lagi.
Inilah akibatnya apabila segelintir pengurusan kelab tidak bijak dalam merancang kewangan selain tujuan sebenar kelab itu memasuki kancah liga bola sepak professional yang boleh dipersoalkan.
Ini berlaku kepada jurulatih dan pemain sebuah pasukan kelab di Pantai Timur yang beraksi dalam Liga Perdana. Sudah lebih enam bulan dikhabarkan jurulatih dan pemain-pemainnya tidak menerima gaji mereka.
Apakah tidak ada perasaan dalam kalangan pengurusan tertinggi kelab itu?
Di mana sikap keprihatinan dan kemanusiaan pada pengurusan tertinggi kelab itu sedangkan mereka tahu yang jurulatih dan pemain-pemain kelab mereka mempunyai tanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga.
Bagaimana bola sepak kita ingin maju sekiranya mentaliti ini tidak diubah?
Apabila semua ini terjadi, mulalah salahkan pemain sekiranya pemain mencari jalan mudah untuk kelangsungan hidup mereka dengan memilih bookie sebagai jalan pintas.
Perkara sebegini yang akan merosakkan industri bola sepak negara selain ia memberi kesan negatif kepada generasi akan datang untuk berkecimpung dalam bola sepak sebagai kerjaya.
Ia juga akan mempengaruhi ibu-bapa untuk menasihati anak-anak mereka bahawa bola sepak di Malaysia ini tidak mempunyai masa depan yang baik.
Kepada pengurusan kelab berkenaan, silalah ambil tindakan secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah gaji ini.
Kepada pemain-pemain pula, janganlah berasa takut untuk tampil ke hadapan menuntut hak kamu dan badan yang bertanggungjawab perlulah mengeluarkan syarat yang lebih ketat kepada pasukan-pasukan yang berminat untuk menyertai Liga Malaysia di masa hadapan ini supaya perkara-perkara sebegini tidak akan berulang lagi.