Dayang ada terbaca laporan akhbar tempatan yang mengatakan andai Catalonia yang merupakan pengakalan bagi kelab terkemuka dunia Barcelona, mencapai kemerdekaan ianya akan memberikan kesan besar kepada pasukan bola sepak itu. Betul ke ni ?
Kesan besar yang dimaksudkan Dayang ialah apabila pengurusan La Liga dikhabarkan akan menyingkirkan The Catalan andai wilayah Catalonia mencapai kemerdekaan. Sudah pasti ini bukanlah satu berita baik buat peminat bola sepak secara am dan penyokong setia The Catalan terutamanya.
Andai benar ini akan berlaku, pemain-pemain ternama seperti Lionel Messi dan Luiz Suarez tidak akan mempunyai sebarang liga untuk bermain, selain terpaksa melupakan aksi di peringkat tertinggi iaitu liga juara-juara Eropah.
Dayang secara peribadi merasakan pihak pengurusan Barcelona dan juga La Liga pasti telah membincangkan keputusan terbaik yang harus diambil dari sudut pandangan ahli sukan, namun perpecahan yang berlaku ini sebenarnya melibatkan politik yang mana tindakan untuk keluar dari negara merupakan isu yang lebih besar dari bola sepak.
Pihak FIFA juga masih berdiam diri tanpa memberikan sebarang ulasan memandangkan masih belum ada keputusan rasmi yang berlaku sama ada wilayah Catalonia akan kekal di Sepanyol atau tidak. Tambahan pula, bukan sekadar Barcelona, malahan kelab lain seperti Girona dan Espanyol turut terkena tempias sama.
Diharapkan segalanya akan berjalan lancar dan berakhir dengan baik-baik sahaja buat Barcelona kerana kita tahu The Catalan merupakan salah satu nadi kemeriahan saingan bola sepak di peringkat kelab dan amat menyedihkan andai mereka terpaksa keluar dari persaingan atas faktor politik.