Kekalahan 2-1 skuad senior kebangsaan bimbingan Nelo Vingada kepada Lubnan dalam aksi pusingan ketiga kelayakkan Piala Asia 13 Jun lalu menimbulkan kritikan beberapa media arus perdana.
Ada yang menyifatkan pengendali dari Portugal itu dan pucuk pimpinan baru Persatuan Bola Sepak Malaysia gagal dalam ujian pertamanya.
Namun, bagi penulis tiada salahnya jika kita beri sedikit masa buat Vingada menjelmakan kembali keampuhan Harimau Malaya yang kita semua harapkan.
Dalam tempoh hanya dua minggu latihan, penulis berasa mungkin Vingada belum cukup mengenali pemain-pemain dalam skuad negara.
Penulis percaya, selepas kekalahan pertamanya selaku pengendali kebangsaan Vingada mungkin sudah mengenalpasti kelemahan yang perlu diatasi.
Selepas ini, barisan negara akan berdepan Hong Kong di aksi kelayakan kedua pada 5 September depan dan ia adalah aksi yang wajib dimenangi skuad negara.
Penulis berharap, Vingada dan pengurusan FAM dapat mengatur satu aksi persahabatan antarabangsa sebelum perlawanan itu.
Ia bagi menguji pendekatan taktikal yang ingin diterapkan Vingada sebelum berdepan Hong Kong.
Perlawanan itu juga akan berlangsung selepas Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, sekaligus merintis kemungkinan buat beberapa pemain skuad Bawah 22 Tahun kebangsaan dipanggil.
Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid dan Adam Nor Azlin adalah antara tonggak barisan muda negara yang wajar dipertimbangkan Vingada.
Pintu ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu masih belum tertutup buat skuad negara.
Masih ada baki lima lagi aksi kelayakan Kumpulan B yang perlu diharungi barisan negara untuk menduduki dua tempat teratas kumpulan ke pusingan akhir.
Kadangkala sesebuah pasukan perlu melalui kepedihan kekalahan tipis di laman sendiri sebelum menjelmakan aksi serta kemenangan yang diharapkan peminat.
Satu aspek positif daripada kekalahan kepada Lubnan, barisan negara beraksi baik pada 45 minit pertama.
Namun, penulis amat berharap timbulnya kesedaran di kalangan pemain yang akan diturunkan selepas ini untuk kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan.
Kealpaaan pada hujung babak kedua berdepan Lubnan membawa padah dan ia tidak boleh lagi diulangi dalam baki aksi kelayakan selepas ini.