Skip to main content

Rencana

Beri Filipina peluang

bazly.jpg
Apabila datang ke negara orang, kita bawa sikap dan budaya rakyat Malaysia.
 

Itu pegangan setiap kali buat liputan di seluruh dunia.
 
Cuma tugasan Sukan SEA Filipina 2019 bermula dengan suasana tegang apabila majoriti media luar negara mengkritik persiapan lemah tuan rumah untuk menerima kunjungan lebih 10 ribu atlet terbaik rantau ini.
 
Saya melihat apa yang dilakukan Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) dan mereka bersungguh-sungguh mahu menjayakan edisi ke-30 ini.
 
Filipina bukan pendatang baru.
 
Ini kali keempat mereka jadi penganjur Sukan SEA selepas 1981, 1991 dan 2005.
 
Pengalaman cukup luas namun dek kerana impian menggunung mahu jadi penganjur terbesar dalam sejarah dengan menawarkan 56 jenis sukan selain pergolakan dalaman PHISGOC - maka hasilnya tidak begitu cantik.
 
Memang permulaan nampak kelam-kabut tetapi itulah kebiasaannya setiap kali sukan bertemasya.
 
Orang kata, penganjur sedang mencari rentak. Macam bermain bola sepak juga.
 
Nanti apabila kebanyakan acara sudah bermula, saya yakin kritikan itu akan bertukar kepada sorakan padu yang akan kedengaran hingga luar Asia Tenggara.
 
Begitulah kebiasaannya.
 
Jadi, saya fikir lebih baik beri peluang kepada Filipina untuk memperbaiki kekurangan mereka.
 
Lagipun, Sukan SEA pentas untuk mengeratkan hubungan 11 negara Asia Tenggara. Kita datang bukan mahu bermusuh, kita datang nak bersukan!
 
 

Advertisement

Must Watch Video