Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Rencana

$$$ Berbeza! Diskriminasi Untuk Atlet Wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2.jpg

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Itu yang diperjuangkan oleh para atlet wanita di serata dunia.

Ekoran hadiah kemenangan yang lebih tinggi untuk kategori lelaki, pemain antarabangsa skuasy wanita India, Dipika Pallikal memboikot Kejohanan Skuasy Kebangsaan India di mana kali terakhir dia merangkul kejuaraan itu pada tahun 2011.

Selepas 5 tahun mempertahankan hak atlet wanita, akhirnya perjuangan Dipika, pemain nombor 18 dunia terjawab dengan persetujuan Persekutuan Skuasy India untuk menawarkan hadiah wang tunai yang setara iaitu Rs 1.25 lakh (RM7600) di kejohanan kebangsaan tahun ini.

Isu hadiah kemenangan sama rata untuk atlit lelaki dan wanita terus menjadi tajuk perbincangan yang hangat. Kadang-kala ia menjadi isu sensitif. 

Positifnya, beberapa kejohanan sudah pun mula memberi insentif yang sama untuk kategori lelaki dan wanita antaranya Kejohanan Tenis Grand Slam dan Kejohanan Skuasy Siri Dunia.

Pada pendapat saya, tanpa kira jantina, kita masih seorang manusia. Kedua-dua atlet lelaki dan wanita memberi usaha 100%, komitmen serta dedikasi untuk menjadi yang terbaik. Tanpa disangkalkan lagi, hadiah kemenangan yang sama perlu diterapkan untuk atlet lelaki dan wanita.

Saya juga sempat bertanya kepada rakan-rakan atlet Malaysia tentang pandangan mereka mengenai isu ini.

“Adalah satu diskriminasi sekiranya pembayaran hadiah kemenangan tidak sama hanya atas sebab perbezaan jantina. Dalam pergerakan Olimpik menekankan ciri-ciri seperti ‘Equality, Justice and Fair play’. Setiap atlet baik atlet wanita atau lelaki perlu melalui perjalanan kerjaya sukan yang sama, berlatih berpuluh jam seminggu. Titik peluh dan usaha serta pengorbanan atlet sangat besar”. 
Noraseela Khalid (Bekas pelari 400 meter berpagar kebangsaan dan Pengerusi Suruhanjaya Atlet Malaysia)

 “Saya menyokong hadiah kemenangan yang sama. Atlet lelaki dan wanita kedua-duanya bekerja keras dan meletakkan usaha yang sama. Kegembiraan dan kesedihan dalam sukan dirasai oleh mereka. Pada masa yang sama, sukan merupakan karier atlet wanita juga bukan sahaja untuk atlet lelaki”.
K.Reuben (Pemain bola sepak PDRM)

“Kenalah bagi hadiah kemenangan yang sama. Usaha yang ditampilkan pun sama. Ada masanya atlet wanita lebih banyak melakukan pengorbanan kerana disebabkan faktor fizikal dan fisiologi, jangka masa sebagai atlet lebih pendek dibanding atlet lelaki. Lagi pun ada yang perlu berhenti kerana ingin menjalankan tanggung jawab sebagai isteri dan ibu”.
Shalin Zulkifli (Atlit boling kebangsaan)

“Lebih ramai penganjur kejohanan yang memberi hadiah kemenangan sama rata untuk kategori lelaki dan wanita. Ini adalah adil. Kita pun berlatih sebanyak atlet lelaki. Sememangnya ia menjadi tajuk perbalahan dari dulu lagi. Tapi saya gembira kerana kesedaran masyarakat dan lebih prihatin tentang keadilan untuk kedua-dua jantina dalam sukan”.
Delia Arnold (Pemain wanita no.2 kebangsaan dan no.19 dunia)

 

Advertisement

Must Watch Video