Brazil, juara Copa America 2019 masih belum menemui titik kesempurnaan yang dicari dengan terbaharu sekadar seri 1-1 dengan Nigeria pada aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura pada Ahad.
Dengan ini, Brazil yang sepatutnya turut menjalani aksi pemanas badan dengan Thailand di lokasi sama, telah mencatat 3 keputusan seri apabila diikat Senegal dan Colombia sebelum ini, serta tewas 1-0 kepada Peru untuk rekod kemarau kemenangan terpanjang Selecao sejak 2013.
Pada aksi menentang Senegal yang menggantikan Thailand ekoran komitmen kepada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada Jumaat, Brazil diselamatkan dari kekalahan apabila rembatan Sadio Mane sekadar menggegar palang dan menjadikan jaringan penyamaan Famara Diedhiou yang berpunca dari sepakan penalti pada penghujung babak pertama sebagai gol terakhir selepas Roberto Firmino.
Ketika itu Tite, mahu tidak mahu, mengakui anak buahnya beraksi jauh dari keupayaan sebenar, walaupun pada masa sama masih mempertahankan anak buahnya disebalik desakan ramai dengan penyertaan semula bintang Brazil, Neymar untuk penampilan antarabangsa ke-100.
Pada penampilan ke-101 pula Neymar bukan sekadar gagal menyerlah tetapi hanya beraksi 12 minit sahaja sebelum penyerang Paris Saint-Germain itu meninggalkan padang sambil memicit-micit paha kirinya dan digantikan oleh Philippe Coutinho.
Coutinho bagaimanapun gagal menjadi ‘supersub’ pada aksi kali ini walaupun memiliki peluang untuk muncul wira pasukan pada lewat permainan, meninggalkan Casemiro bersendirian menjadi penjaring menerusi gol penyamaan yang dirembat dari jarak dekat.
Ia sekurang-kurangnya, menutup aib Brazil sepanjang jelajah ini yang secara terang-terangan hanya melakukan 33% penguasaan bola menentang Nigeria, peratusan yang agak mengecewakan walaupun ia sekadar aksi eksperimentasi Tite.
Berselindung sudah, bersikap telus pun sudah - Apa lagi agaknya alasan yang mampu diberikan Tite atas prestasi merisaukan anak buahnya selepas Copa America atau pengendali berusia 58 tahun ini perlu angkat kaki sahaja agaknya.