Dibezakan jurang terlalu besar dalam carta liga, pertembungan Manchester United dan Liverpool di Old Trafford tengah malam esok harus tidak lagi dilabel ‘clasico’ dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Bukan sekadar semakin kurang diyakini peminat United sendiri, malah penyokong Liverpool tidak berlengah mempersendakan lawan mereka itu dengan menularkan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu bermain bola keranjang dalam rangka persiapannya.

Betapa ia satu penghinaan buat United yang terperosok di tangga ke-12 ketika ini dengan hanya dua kali menang selepas lapan perlawanan – dan melihat sayup-sayup Liverpool di mercu liga dengan rekod 100 peratus.
Tujuh pasukan lawan terdahulu gagal untuk walaupun mencuri satu mata daripada The Reds tapi jika ada satu pasukan yang mampu mengakhiri rekod tanpa kalah Jordan Henderson dan rakan-rakan, ia adalah United kendalian pengurus yang kini amat tertekan, Ole Gunnar Solskjaer.
Cuma, malangnya tidak ramai yang berfikiran begitu, tidak juga peminat United yang ‘rela dalam terpaksa’ mengizinkan kemenangan United kali ini atas tiga dorongan utama – pasukan mereka terus merudum untuk tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan supaya pemilik, keluarga Glazer, melepaskan pegangan mereka, Naib Pengerusi Eksekutif MU, Ed Woodward, disingkirkan serta pengurus, Solskjaer, dipecat.
United pernah diturunkan divisyen ke divisyen dua di bawah pengurus, Tommy Docherty, pada penghung musim 1973-74 – lama sebelum pengenalan EPL pada 1992.
Di atas kertas, banyak yang kelihatan buruk buat United ketika ini untuk jangkaan itu berlaku – United sudah pun mencatat permulaan terburuknya dalam liga dalam tempoh 30 tahun, dengan rekod Solskjaer selepas 29 perlawanan adalah lebih buruk daripada Jose Mourinho yang dipecat Disember lalu.
Menurut akhbar The Sun, Solskjaer hanya meraih 49 mata daripada 28 perlawanan EPL, tidak termasuk kekalahan 0-1 kepada Newcastle United, 6 Oktober lalu – kurang dua mata daripada yang diraih Mourinho dalam jumlah perlawanan yang sama.
Daripada lapan perlawanan liganya musim ini, United hanya mampu menjaringkan sembilan gol (Marcus Rashford 3, Daniel James 3, Anthony Martial 2 dan Scott McTominay 1) di samping dibolosi sebanyak lapan kali.
Di sebalik menandatangani pemain baru, Harry Maguire (£85 juta) dan Aaron Wan-Bissaka (£50 juta), United di bawah kendalian Solskjaer terserlah ketandusan bakat dan semakin tenggelam punca sehingga sebilangan legenda kelab itu sendiri melabelkan pasukan itu sudah kehilangan auranya.
Dan menjelang pertemuan dengan Liverpool, krisis kecederaan mengetepikan Paul Pogba dan David de Gea di samping Martial, Wan-Bissaka dan Jesse Lingard mungkin turut tersisih – bukanlah sangat kehadiran mereka memberi banyak perbezaan.
Dan seperti dilaporkan laman givemesport.com, peminat mempersendakan bahawa Liverpool membuat persiapan untuk perlawanan itu dengan bermain bola keranjang dalam latihan.

Kelmarin, penyokong The Reds berkongsi foto melalui Twitter yang memaparkan Virgil van Dijk, Georginio Wijnaldum dan Fabinho bergilir-gilir membuat lontaran bola keranjang sebagai bayangan mudahnya jaring United akan dibolosi.
Biarlah.
Namun, rekod juga menunjukkan pendahulu liga itu belum pernah menang di Old Trafford sejak 2014 dan prestasi baik Sergio Romero di pintu golnya turut menjanjikan sesuatu.
United kini berjurang 15 mata dengan Liverpool dan United harus tidak akan merelakan ia diperluaskan lagi.