Skip to main content

Rencana

Benjamin Mora pening kepala

jdt.jpg
Ketiadaan Diogo Santo dalam skuad Johor Darul Ta’zim ketika menentang PJ City semalam di peringkat Kumpulan B saingan Piala Malaysia tidak menjadi halangan kepada JDT untuk mencipta kemenangan ditempat lawan kerana JDT masih lagi ada penyerang yang mampu mengalas tugas itu.

Ini dibuktikan oleh Shafiq Ahmad apabila beliau berjaya melakukan dua jaringan walaupun ketiadaan Diogo bersama pasukan JDT. Dengan gandingan serta persefahaman yang baik dipamirkan Safiq bersama rakan sepasukan khusisnya Safawi Rasid dan Afiq Fazail ini membuatkan beliau berjaya melakukan jaringan itu.

kombinasi yang baik serta kematangan corak permainan dipamirkan Shafiq semalam sudah pasti akan memeningkan kepala Benjamin Mora untuk memilih kesebelasan utama dalam perlawanan seterusnya. Prestasi yang konsisten ditonjolkan Shafiq pada perlawanan semalam itu perlu diberikan peluang untuk dikekalkan didalam kesebelasan utama ini kerana Shafiq berada pada prestasi terbaiknya pada pendapat penulis.

Mora perlu berani dalam membuat keputusan ini kerana sebagai pengendali JDT yang sayangkan bola sepak dan bakat tempatan, Mora juga perlu memikirkan masa depan bola sepak Malaysia,. Ini kerana Syafiq juga merupakan penjaring utama skuad negara ketika ini yang sedang melalui saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala AFC 2023 yang berlangsung ketika ini. Penulis berharap pengurusan dan penyokong-penyokong JDT sependapat dengan apa yang penulis nyatakan ini demi masa depan bola sepak Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video